Friday, May 15, 2009

Chapter Sembilan

"Kau ni teruk lah!"

"Aduuuii! Ni apahal tak pasal-pasal cubit aku lak ni?" Ben mengeluh kesakitan bila aku mencubit lengannya.

"Padan muka." kataku sambil menjeling seakan menyampah.

"Awatnya cheq? Tak pasal-pasal lengan aku yg berotot ni lebam kau cubit..Sekuat hati pulak tu. Isy.." Ben masih tidak puas hati.

"Kau tu lah! Yang pergi pandai-pandai bagi nombor aku kat orang tu apahal?" aku menjeling lagi.

"Aik..bila masa pulak aku bagi nombor kau kat orang?" jawab Ben sambil mengerut kening.

"Habis tu..yg semalam member kau si Mukhriz tu sms aku tiba-tiba..celah mana dia dapat nombor aku?"

"Apa dia? Boleh ulang sekali lagi tak ayat cik tadi? Saya kurang dengar la." Ben buat-buat tak faham.

"Heee..aku serius lah!" aku cuba mencubit lengannya sekali lagi namun kali ini dia berjaya mengelak.

"Fuhh...sebaik tak kena. hahaha."

"Heeeeeee dia ni kan! Serius sikit boleh tak? Aku tanya serius ni. Kau ada bagi ke nombor aku kat dia??"

"Aiseyman...marah sungguh nampaknya Cik Siti Khatijah kita arini. Kau kenapa ni beb..PMS ek? Aku tak bagi lah nombor kau kat Mok tu.."

"Habis tu mana dia dapat nombor aku??"

"Alah..kau tu kan glemer..semua orang pun simpan nombor kau. heheheh."

"Otak kau lah!"

"Alalala...gurau jelah. Manalah aku tau sapa yang bagi. Ish dia ni..makin bertambah sensitif lah pulak. Memang sah lah dah berjangkit penyakit sensitif aku. huhuh."

Aku hanya menjeling. Sakit betul hati aku. Sudahlah tengah pening kepala dengan Stephen yang tak habis-habis mengganggu hidup aku. Ben pun nak menyakitkan hati aku jugak!

"Aisey beb..kau marah sungguh ke ni? Aku cakap betul lah..aku tak bagi pun nombor kau kat Mok. Aku sendiri taktau dia sms kau. Dia tak cakap apa-apa pun kat aku.." ujar Ben seakan memujuk.

Aku dapat melihat riak muka Ben berubah. Aku tahu dia risau aku marahkan dia. Namun aku terus diam. Malas nak cakap apa-apa. Ben terus-terusan cuba memujuk..

"Alah..diam pulak dia ni. Jangan lah camni. Kalau kau merajuk dengan aku, siapa nak teman aku lunch kat mapley jap lagi..nak makan roti nan pun tak lalu kang..aku kalau nak makan roti nan kena ada kau depan mata. Baru aku boleh habis 2, 3 keping..heheh"

Aku terus tergelak apabila Ben mula membebel. Ben memang pandai memujuk aku. Kata-katanya sering mencuit hati walaupun hakikatnya aku memang tengah marah. Padahal aku bukannya jenis yang cepat sejuk bila marah. Tapi dengan Ben, aku memang akan cepat sejuk. Dah selalu sangat macam tu. Mungkin kerana Ben seorang yang tidak mudah melenting. Bertentangan dengan aku yang suka sangat melenting tak tentu pasal! Kesimpulannya, aku memang selesa berkawan dengan Ben. Biarlah aku tak ada kawan lain pun kat kampus ni. Asalkan aku ada Ben...

"La...berangan pulak dia ni. Hello cik kak! Apahal tersenyum sorang-sorang pulak tu. Kau ni macam-macam lah. Tadi marah benar. Ni senyum-senyum kambing pulak.."

"Takde apa lah! Jom pi mapley."

Ben terus menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seakan keliru dengan sikap aku.

"Memang sawan minah ni.."

Aku hanya tersenyum.

.....................

Petang itu aku tidak ke library seperti biasa. Tiba-tiba aku aku rasa macam tak ada mood nak duduk di library. Lagipun Bab 5 tesis aku sudahpun kuhantar kepada Dr Alifi petang semalam. Harap-harap kali ni tak ada lah komen macam-macam dari penyelia tesis aku yang agak cerewet tu..Kalau tidak mahu serabut jugak kepala otak aku.

Aku ke padang ragbi dengan Ben petang itu. Saja mengikut Ben menonton orang bermain ragbi. Selalunya aku tak pernah nak ikut kalau Ben mengajak. Sebab aku lebih selesa duduk di library mengadap buku ataupun menyiapkan kerja-kerja berkaitan tesis. Tapi hari ni aku terus setuju tanpa banyak alasan. Tiba-tiba rasa macam mahu mengubah angin. Sambil tu boleh lah jugak merehatkan minda atau mencuci mata. Lagipun menurut Ben, perlawanan petang itu adalah perlawanan persahabatan antara pasukan ragbi UKM dan UPM.

"Syok gak tengok orang main ragbi ni eh?" ujarku sambil memandang ke arah Ben. Secara tidak langsung mengganggu kekusyukan Ben menonton perlawanan ragbi tersebut.

"Tau takpe..tu lah kau. Dari dulu lagi aku ajak tengok. Kau tu aje yang taknak."

Aku hanya tersengih macam kerang busuk.

"Apsal kau tak main? Asyik tengok orang main je. Kau kaki bangku eh??" saja aku menyakat Ben. Memang aku dah sedia maklum bahawa Ben memang gemar akan permainan ragbi cuma aku tak pernah pulak melihat dia bermain permainan tersebut walaupun sekali. Tidak tahulah jika dia pernah bermain tetapi di luar pengetahuan aku. Aku pun bukannya rajin sangat bertanya tentang semua benda tentang dia.

"Banyak lah kau punya kaki bangku..Aku saja je malas main. Kalau aku main kang heboh satu UKM ni. Pastu makin ramai lak awek sangkut kat aku. Jeles lak kau nanti. hahaha."

"Ceh...tak reti main tu cakap jelah tak reti main. Banyak songeh pulak. Pigidah!"

"Yelah..aku tau lah aku ni kaki bangku." jawab Ben perlahan sambil menunjukkan ekpresi muka merajuk.

"Alalala...mula dah sensitif dia tu. ahahahhaha rindu lah nak tengok kau sensitif. Serius rindu!" aku terus tergelak.

"Yelah..dah asyik kau je sensitif melampau akhir-akhir ni. Sampaikan mengalahkan aku pulak. Skang aku nak rampas balik lah takhta aku as the most sensitive person on this planet."

"Aik..sempat lagi tu menyindir. Aku belasah kang.." ujarku sambil menunjuk penumbuk.

"Alah...takat penumbuk kau yang besar bola golf tu..Ni nampak penumbuk aku yg besar bola ragbi ni." jawab Ben sambil menunjuk penumbuknya pula.

Aku terus mencubit lengan Ben sekuat hati. Dia terjerit kecil lalu membebel seperti biasa..

"Kau ni kuat betul lah mencubit. Tangan tu dah macam ketam. Dah naik berbirat dah lengan aku ni kau cubit. Hisy...bakal bini sapalah ni. Malang betul laki tu nanti asyik kena cubit dengan bini brutal macam ni.."

Aku hanya tergelak mendengar bebelan Ben. Sikit pun aku tak ambik hati dengan kata-kata dia. Entah kenapa, aku berasa selesa.


.........................

Malam itu, setelah pulang dari dinner dengan Ben, aku singgah di cyber cafe KTHO sebelum pulang ke hostel. Ben pulak terus pulang ke kolej kerana ada discussion dengan member kolej dia. Jadi, aku ke situ seorang diri. Saja aku singgah ke situ untuk menyemak kalau-kalau ada email yang masuk. Selalunya aku akan menyemak email setiap kali aku ke library. Maklum lah di library memang ada perkhidmatan wireless. Asalkan bawak laptop, bolehlah melayari internet secara percuma. Tetapi disebabkan aku tidak menjejakkan kaki ke library sehari suntuk, aku ke cyber cafe sajalah untuk menyemak email. Mana lah tahu jika ada balasan daripada Dr Alifi berkaitan dengan bab 5 tesis aku. Risau lah jugak jika ada masalah pulak dengan bab 5 tu. Lagipun bukannya kena bayar mahal sangat pun menggunakan internet di cyber cafe tu. RM2 saja untuk satu jam. Berbaloi lah jugak daripada cyber cafe kolej aku yang cekik darah mengenakan bayaran rm3 untuk satu jam!

"Rinnnggg" satu sms masuk. Aku segera menekan button read.

"Salam Jaja."

La..si Mukhriz ni lagi! Aku terus menekan button delete. Malas aku nak melayan. Lagipun aku masih tak puas hati macam mana dia boleh dapat nombor aku. Puas dah bertekak dengan Ben pasal tu. Yang pastinya, bukan Ben yang bagi nombor aku pada dia!

"Sorry saya ambik ur handphone number tanpa kebenaran."

Aku terus terbuntang mata membaca sms kedua tersebut!

"Awak ambik dari mana? Ben bagi ke?" aku segera membalas dengan ayat pancing.

"Bukan. Saya yang curi-curi ambik dari handphone dia. Sorry eh. Jaja marah eh?"

Cis..kurang asam! Tak pasal-pasal je aku tuduh Ben bagai nak rak hari tu! Aku tidak membalas sms tersebut.

Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu sms dari dia..

"Saya just nak berkawan dengan Jaja. Tak salah kan? Tapi kalau Jaja tak sudi takpelah."

Memang aku tak sudi pun! Aku terus memadam sms tersebut. Aku terus membuka email. Kebanyakannya junk mail! Tapi mataku tertumpu pada satu email. Email yang memang aku nanti-nantikan - from alifi@pkrisc.cc.ukm.my !

Aku segera membaca email tersebut..

Re : Chapter 5
From : "Alifi Abdullah" <.alifi@pkrisc.cc.ukm.my.>
To : "Jaja Osman" <.jaja_bling@yahoo.com.>

Untuk chapter 5 ni isi you dah ok. Cuma tolong tunjuk setiap langkah you selesaikan differential equation tu. Ada banyak step you skip. Agak nampak cacat. Meet me at 2.00pm tomorrow. Ambil balik your chapter five dan cuba perbaiki.


Kena repair lagi! Tensionnya aku....

14 comments:

  1. hahaha banyak berangan amik ubat.... repair jangan tak repair.... dr.alifi pun cam nak masuk jarum gak jer.... tapi nampak pro skit ar... hehehe TQ cekgu... nanti 10 dkama singgah lagi...

    ReplyDelete
  2. Ohhhh...Episod sembilan..Episod itu..

    ReplyDelete
  3. dkama,
    hoho pandai2 jek dia :p. mekadey dkama sudi baca cinta gila nih. :p

    d'rimba.
    aah episod 9 ler.:D

    ReplyDelete
  4. uiss lamanyer kate tido... bangun ar... hehehe tuan umah bz rupanya....

    ReplyDelete
  5. laaaa... dah nak kena ngadap Dr alifi pulak... abislaahhhhhh...

    ReplyDelete
  6. dkama,
    ya ya ya eheheh

    chime,
    tu laa psl. hihihi

    ReplyDelete
  7. Nostalgia cinta gila tertinggal di sekolah jugak... hehehe

    ReplyDelete
  8. dkama,
    mood nak smbg x dtg lg ler. eheheh

    ReplyDelete
  9. ok... nanti mood datang baru buat... baru beshhh cerita...

    ReplyDelete
  10. kate jom gi segamat makan durian... hahaha

    ReplyDelete
  11. dkama,
    cehh sempat agi tuh. gagaga

    ReplyDelete