Stephen memang gila! Ada ke nak bawak aku pergi jumpa kakak dia terus. Ingat aku ni apa? Dah sakitkan hati aku, nak ambik hati aku sampai macam tu sekali pulak! Kalau dulu tu yelah aku nak sangat jumpa ahli keluarga dia. Sekarang dah taknak! Sebab aku dah takde apa-apa pun dengan dia. Kenapalah dia susah sangat nak faham? Akhirnya aku berkeras jugak taknak pergi. Nasib baik lah dia ikut cakap aku, patah balik ke UKM. Kalau tidak, entah apa lah akan jadi seterusnya!
"Woi..kau ni asyik berangan lah pulak. Bilanya nak habis baca second page tu? Dari tadi aku tengok kat situ aje mata kau tu." kata-kata Ben terus mematikan lamunan aku. Dia ni macam tau-tau pulak..
"Bila masa pulak aku berangan. Aku fokus lah!" aku cuba cover baik punya.
"Fokus pekebendanya dengan muka terkerut-kerut mulut terkumat-kamit camtu. Kau jampi halau keliwon ke baca buku? hahaha."
Cis! Kurang asam punya member. Tak habis-habis nak sakat aku. Cubalah tanya aku ni sihat ke..hati aku yang cedera parah ni dah pulih ke belum..Ini tidak..tak habis-habis nak menyakat aku. Heee geram betullah!
"Haa..tengok tu.terkumat-kamit lagi. Dah sah lah tu jampi halau keliwon. hahahaha" makin kuat ketawa Ben.
"Kau ni memang lah. Malas lah aku nak layan kau. Kau study lah sorang-sorang sini. Aku nak balik!" aku terus tutup buku dan mengemas segala barang aku yang bersepah di atas meja studi tersebut. Aku angkat segala buku dan barang. Kemudian aku bangun. Baru aku nak melangkah, Ben pun menghalang.
"Ala relax lah beb. Sejak bila lah kau sensitif sangat ni? Selalu tu aku yang sensitif. Dah berjangkit kat kau pulak ke? hehe"
"Tau takpe. Lain kali buat lah lagi." aku tunjuk jelingan maut.
"Aisey..payah betullah orang putus cinta ni. Kita nak bergurau pun tak boleh."
"Masalahnya, ni tempat study lah ngok. Nak bergurau kejap lagi kat luar." jawabku selamba. Aku melabuhkan semula punggung di kerusi di meja studi tersebut. Buku yang kubaca awal tadi tadi kubuka semula. Cuba menyambung semula pembacaan yang terganggu oleh lamunan.
Ben hanya tersengih melihat telatah aku. Ha tau pun diam!
"Beb, semalam tu lepas blah dari bakery, kau pergi mana hah dengan Stephen?"
"Syyhhhh! Aku baru nak mula concentrate dengan buku ni kau dah mengacau balik. Aku baling dengan buku ni kang.."
Ben hanya tergelak kecil. Menampakkan giginya yang berlapis. Nampak manis pada pandangan mata aku! Mungkin Ben tidak sekacak Stephen, tetapi bagi aku dia memiliki seraut wajah yang amat manis. Ditambah pula dengan kumis nipis di atas bibir dan juga tahi lalat di pipi kiri. Membuatkan wajahnya tampak lebih menarik. Rambut pula dibiar melepasi bahu. Agak panjang tapi kemas! Tidak hairanlah bila ramai budak perempuan junior tergila-gilakan Ben. Cuma dia saja yang tak mahu melayan. Katanya belum wujud lagi perasaan ke arah itu. Ben..Ben...bilalah kau nak buka hati kau tu eh?
..........................
Malam tu aku keluar lagi dengan Stephen. Saja aku ajak dia keluar atas tujuan menyelesaikan segala masalah kami. Aku dah penat main tarik tali dengan dia. Aku mahukan kata putus. Taknak dia tunggu aku lagi padahal hati aku dah tak boleh nak terima dia.
"Give me one more chance, please?" dia cuba memujuk aku lagi. Buat kali keberapa, aku pun tidak pasti!
"I'm really sorry Steve. I tak boleh." aku tetap kekal dengan keputusan aku. Sekali aku buat keputusan, aku tidak mungkin akan berganjak dari keputusan aku. Itu memang prinsip aku dari dulu lagi.
"Hmm..kenapalah hati you terlalu keras..I know i've made a big mistake. But i have my own reason.."
"Oh really? What was it? Mind to tell me?" aku cuba mencungkil.
"Sally wasn't really my girlfriend. Macam yang i dah cakap. Hanya you girlfriend i. Tapi she was my partner for..you know what i mean.."
Berubah terus muka aku mendengar jawapan Stephen! Tiba-tiba aku hilang kata-kata. Sungguh aku taktau nak jawab apa!
"Kenapa you diam? You tak marah?"
Aku diam lagi.
"Okay, i know. You terkejut kan dengan penjelasan i? But that was the truth..Tu sebab i selalu keluar dengan Sally. Just for that reason..Nothing more than that."
Aku hanya mengangguk. Aku faham maksud dia. Aku tak boleh nak salahkan dia tentang itu. Kami berlainan agama. Aku seorang Islam tetapi dia tidak. Dalam Islam, maksiat tetap suatu dosa. Tetapi tidak bagi dia. Sebab itu dia bebas melakukan maksiat dengan Sally. Sebab dia tau dia tidak mungkin dapat melakukannya dengan aku. Dia juga tidak pernah cuba mengajak aku ke arah itu. Selama dengan dia, dia memang hormat aku sebagai seorang perempuan Islam. Tak pernah sekalipun dia cuba mengambil kesempatan terhadap aku. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak melakukannya dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi yang seagama dengan dia..
"Dear..why you diam aje?" pertanyaan Stephen membuatkan aku tersentak. Sekaligus lamunanku terhenti.
"Nothing. I nak balik. Dah dekat pukul 10. I ada one more assignment nak kena siapkan." saja aku reka alasan untuk balik ke hostel semula. Padahal assignment aku semuanya dah siap.
"Tapi you tak cakap apa-apa pun pasal tadi?"
"You nak i cakap apa? Fine my dear, you can sleep with Sally any time you want, I don't mind, not at all! Macam tu?"
"Bukanlah macam tu."
"Then what?"
"I'm sorry...please?"
"Okay you're sorry. Fine..Lepas tu apa? You nak cakap you takkan buat lagi, macam tu lah?"
Dia terdiam. Aku dah agak dah. Dasar lelaki..
"Please hantar i balik."
Dia hanya mengangguk. Setelah membayar di kaunter, dia terus hantar aku balik ke hostel. Kami tidak berbual langsung di dalam kereta. Sehinggalah sampai ke perkarangan kolej. Hanya diam seribu bahasa!
hahahaha jantan nih mmg pandai ngayat ar.... sikit2 kate cair... ops cita tak abis lagi!!! tq cekgu....
ReplyDeleteehehe tu laa psl. nanti smbg :D
ReplyDelete