Saturday, May 2, 2009

Chapter Empat

"Kate..hey!"

Hisy..apa lagi lah dia nih?? Makin jauh aku lari makin dekat pulak dia datang! Masa aku nak masuk library lah dia nak mengacau. Spoil betul!

"You nak apa lagi ni?" kataku bersahaja.

"Nak you." dia tersengih.

"Haha very funny." aku membalas sambil tunjuk muka meluat!

"Dear..dah lah tu. Takkan nak merajuk sampai macam ni sekali? You menyampah ye tengok muka i yg hensem ni? Okay, nanti i tukar jadi lagi hensem nak?" dia menjawab sambil tersenyum. Menampakkan lesung pipit dia yang...Arrrrghhhh menyampah sungguh lah aku!

"Tak payah buat lawak boleh tak? Tak kelakar pun." aku tunjuk keras hati. Ingat senang ke nak pujuk aku? Pigidah..

"Okay..okay.. serius. Kejap lagi lunch dengan i, k? I tunggu u kat bawah."

"Thanks, but no thanks! Dahlah i nak masuk dalam. I ada discussion dengan Ben." aku cuba matikan perbualan. Malas aku nak layan dia. Makin aku layan, makin tak faham bahasa. Woi apek..aku bukan awek kau lagi lah!


Aku terus melangkah meninggalkan dia di luar pintu masuk library. Macam biasa, dia akan terpinga-pinga sendirian. Lantaklah dia. Siapa suruh buang masa cari aku lagi.

............................

Tengahari tu, aku tak ke mapley macam selalu. Hanya lunch kat 'NZar bakery sebab aku teringin nak makan bubur nasi kat situ. Campur pulak dengan sup asparagus...fuh memang sedap. Kesian Ben. Tak dapat dia makan roti nan hari ni sebab aku berkeras nak makan bubur nasi jugak!

"Sedap sangat ke bubur nasi tu beb? Aku tengok kau makan macam kebulur!" kata Ben sambil tergelak kecil.

"Ceh..banyaklah kau punya kebulur. Aku teringin lah! Nak masak sendiri tak pandai..hehe."

"Ya salam...masak bubur nasi pun tak pandai?? Cancel nak buat bini. hahaha."

"Ek eleh...aku pun tak hingin lah nak amik kau buat laki! Asyik dok bantai roti nan je lama-lama badan pun gebu macam roti! hahahah"

Berderai ketawa Ben mendengar kata-kata aku. Aku pun tergelak sama. Aku selesa bila bergurau dengan Ben. Dia jarang ambik hati dengan apa yang aku cakap. Itu sebablah bila aku tak sengaja buat dia terasa, aku akan rasa tak sedap hati. Aku taknak bergaduh dengan dia. Tidak sekali-kali.

"Kate."

Dia lagi..menghilangkan mood betullah!

"Ben, jomlah. Aku ada appointment dengan Dr Alifi kejap lagi." aku terus ajak Ben keluar dari bakery tu serta-merta. Malas aku nak layan si mamat Cina ni.

Baru aku nak melangkah, dia tarik tangan aku. Aku cuba lepaskan tapi ternyata tenaga dia lebih kuat. Aku cuba merentap kasar tapi tetap tak berjaya. Dia tenung mata aku. Tajam..

"Let me go!" kataku dengan nada yang agak tegas. Tapi dia tetap berkeras taknak lepaskan!

"Whoaa..whoaa..bro. Chill! Just let her go, k?" Ben cuba mencelah.

"This is none of your business! This is between me and her. Kau jangan masuk campur!" dia membalas keras. Semua mata kat dalam bakery tu tertumpu ke arah kami bertiga disebabkan tindakan Stephen yang melenting tak pasal-pasal!

"Okay, enough! If you want me to go with you, then I'll go! Jangan nak buat gila kat sini." kataku perlahan. Terus aku tarik Stephen keluar dari situ. Meninggalkan Ben yang bermuka bengang. Aku tau Ben bengang dengan Stephen. Tapi kalau aku tak buat macam tu, keadaan akan jadi lebih teruk! Aku tau sangat perangai Stephen. Silap hari bulan mahu ditumbuknya muka Ben kat situ! Aku taknak Ben kena tumbuk sebab aku. Ben tak salah. Ini hal aku dengan Stephen, tak ada kena mengena dengan Ben!


......................

"Where are we going?" pertanyaan aku memecahkan kesunyian dalam Nissan Skyline warna hitam milik Stephen. Menyesal pulak aku naik kereta dia ni. Entah kemana dia nak bawak aku! Entah-entah...Hisy..nauzubillah!

"Somewhere." ringkas dia menjawab.

"Somewhere tu mana?" aku tak puas hati.

"Adalah." balasnya.

"Okay, stop playing games. I setuju ikut you ni pun dah cukup baik. Now cakap lah kita nak pergi mana?" aku mula naik angin.

"Meet my sister. Kakak i ada kat Shah Alam.Kan you cakap nak kenal dengan family i kan?"

Err..aku terdiam! Taktau nak kata apa. Kelu lidah aku tiba-tiba.

"You jangan main-main, Steve. Patah balik. I nak balik!"

"Why? You nak i buktikan my love for you kan? Let's go meet my sister."

"Why baru sekarang nak buat macam ni?"

"Sebab i rasa this is the right time. I nak you tau yang i betul-betul serius dengan you."

Aku terdiam. Sungguh, aku taktau macam mana nak nyatakan apa yang aku rasa!

6 comments:

  1. hehehehe best n makin best... lawak ader, geram ader,, pastu saspen pulak last2... dkama sorang jer ker yang baca cekgu?

    ReplyDelete
  2. hehehe den kiro pominat bertuah la nih... novel lum jual lagi den dah dapek baco dah...heheh

    ReplyDelete
  3. saya pun baca la cikgu wiween...
    dok tersengih sorang2 ni, dah dua kali ulang dah...

    ReplyDelete