Monday, May 11, 2009

Chapter Lapan

Kepala aku tiba-tiba rasa pening duduk dalam library ni. Rasa macam nak muntah! Dari tadi aku cuba cari ayat best nak goreng bab 5 tesis aku ni. Tapi dari tadi jugak lah aku tak jumpa ayat best tu! Puas aku baca balik apa yang aku taip tapi rasa macam tak cukup bagus. Dah lah bab 4 aritu Dr Alifi komen macam-macam. Tolong ubah itu..tolong tambah ini. Padahal bab yang sebelumnya semuanya okay. Takde komen apa-apa pun. Semuanya bagus katanya. Tapi bab 4 pulak bikin spoil! Puas lah aku bertungkus lumut edit balik bab 4 tu. Repair mana yang tak cukup lengkap. Nasib baik Dr Alifi tak reject untuk kali kedua. Kalau tidak mahu menangis jugak aku!

Ni semua Stephen punya pasal. Stephen dan Sally! Elok sangat lah tu kedua-duanya nama dekat nak sama. Cuma berlainan jantina aje. Tapi sama aje perangai! Yang sorang tak faham bahasa. Yang sorang lagi pulak tak berbudi bahasa! Nak kena bahasa dengan aku agaknya. Tak habis-habis cakap aku ganggu si Stephen tu. Semalam dia call lagi. Dari petang sampai ke malam! Mula-mula aku malas lah nak angkat. Tapi kalau dah tengah malam buta pun handphone aku asyik berdering mana boleh tahan! Bukannya sekali dua aje handphone aku berbunyi. Berpuluh-puluh kali! Semuanya panggilan dari si Sally tu. Geram betul aku! Dahlah aku ni pantang kalau orang kacau aku tengah tidur. Akhirnya aku terpaksa jugak lah angkat! Pastu kena maki free aje.Kurang asam! Hoi amoi! Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nakkan si Stephen tu? Aku tak hingin lah!

Si Ben ni pulak entah kemana. Tadi janji nak datang sini buat tesis dengan aku. Tapi dah dekat sejam tak nampak batang hidung. Tidur ke apa dia ni?

"Woi beb!"

Opocot opah kau! Aha..panjang pun umur mamat ni! Main sergah pulak tu. Nasib baik lah aku takde sakit jantung..Kalau ada, tak pasal-pasal aku mati terkejut sebab dia!

"Ha..datang pun kau. Aku ingat janji tinggal janji tadi." kataku sambil menyindir.

"Janji tinggal janji...fuh macam lagu KRU pulak." jawab Ben selamba.

"Banyak lah kau punya KRU!" kataku sambil menjeling.

"Hehe..relax lah beb..kau punya pasal aku mesti datang punya. Sorry lah aku lambat sikit. Tadi ada member datang bilik." jelas Ben secara ringkas.

"Ah macam-macam lah kau tu. Member datang bilik lah, tertidurlah, itulah inilah.." kataku seakan merungut.

Ben hanya tersenyum mendengar rungutanku. Menampakkan gigi lapis yang membuatkan senyumannya tampak begitu menarik pada pandangan mataku. Mungkin juga menarik pada pandangan mata perempuan lain. Jika tidak, masakan Ben mempunyai ramai peminat. Terutamanya di kalangan junior. Dia saja yang tidak mahu melayan.

Beep..beep! Tiba-tiba handphone Ben berbunyi. Nasib baik perlahan. Kalau tidak dah lama kena sound dengan orang lain dalam library tu sebab tak reti nak silent handphone.

"Yer bai?" jawab Ben seakan berbisik. "Kau naik kat aras 4. Aku ada kat sini dengan member." sambungnya lagi.

"Apahal wei?" tanyaku kepadanya setelah panggilan tersebut dimatikan.

"Member aku yang datang bilik aku tu nak bagi kunci. Aku keluar tadi dia ada lagi kat bilik aku..". Aku hanya mengangguk tanda faham.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki ke arah kami. Kawan kepada Ben yang menelefonnya sebentar tadi. Aku memandang wajah lelaki tersebut dengan dahi sedikit berkerut. Macam pernah kutengok aje dia ni. Tapi di mana eh?

"Beb...ni aku kenalkan member aku, Mok. Nama dia Mukhriz tapi kau panggil Mok aje. Ha Mok..ni lah dia bestfren aku, Jaja yang cun. Yang aku selalu cerita tu. Kau jangan nak lebih-lebih. Aku dah kenalkan pun dah cukup baik." ujar Ben, memperkenalkan kami berdua.

Lelaki tersebut hanya tergelak. Dia kemudiannya memandang ke arahku lalu tersenyum.

"Hai.." ujarnya perlahan.

"Hai jugak." jawabku sambil membalas senyumannya.

"Saya rasa macam pernah jumpa jer Jaja ni. Kalau tak silap, kat rak buku aras 3 aritu. Yang masa saya tertinggal dompet..Kalau tak silap lah.."

Aku mengerut dahi sambil cuba mengingat semula. Lah...padan lah macam pernah nampak..Mamat tinggi yang pijak kaki aku aritu rupanya!

"Err..betul kan? Ingat lagi tak?" dia menambah.

"Aah lah kot. Kecik dunia." aku menjawab ringkas.

"Dah macam jejak kasih pulak dah korang ni. Dah..dah..Mok, kau boleh blah skang. Lain kali sambung jejak kasih. Aku nak buat kerja pulak dengan si Jaja ni."

Lelaki bernama Mukhriz yang dipanggil Mok oleh Ben itu hanya tergelak kecil. Dia kemudiannya berlalu dari situ. Sempat dia mengukir senyuman kepadaku sebelum berlalu. Aku membalas senyumannya sambil menggelengkan kepala.

"Hensem gak Mok tu eh?" saja aku menyakat Ben yang baru mula menghidupkan laptop.

"Aik? Kau berkenan pulak ke? Mentang-mentang lah dah solo. Takkan member aku pun jadi kot." jawab Ben bersahaja.

"Hehe..saja jelah. Tak boleh ke aku cakap camtu?"

"Bukan tak boleh. Tapi cakap tu biar logik sikit. Jejaka depan kau ni barulah hensem namanya. Cuba kau bukak luas sikit bijik mata kau tu.." jawab Ben sambil menunjuk ke arah mukanya sendiri.

"Ceh...hensem lah sangat! Hensem lagi Dr Alifi! heheheh."

Serentak kami tergelak. Agak kuat sehingga menyebabkan berpasang-pasang mata di sekeliling aras 4 itu memandang ke arah kami. Sudahlah sakan berborak dalam library macam berborak kat kafe. Nasib baiklah pelajar-pelajar yang selalu duduk belajar di meja studi di aras 4 tersebut tidak begitu skema seperti yang duduk di aras 3. Kalau di aras 3 kami berborak macam tu, dah lama dah kami kena sound sebab memekak! Terutamanya dengan geng Pak Arab (pelajar master) yang berwajah garang macam bapak tiri!

.............................

Malam itu selepas pulang dari mapley dengan Ben, aku segera menghidupkan laptop dengan tujuan menyambung menyiapkan bab 5 tesisku. Macam-macam idea pulak timbul selepas merujuk kepada buku rujukan yang dipinjamkan oleh Ben kepadaku. Ben memang pandai mencari buku. Setiap buku yang dipinjam oleh Ben pastinya buku yang sangat memberi manfaat. Bukan macam aku yang rajin mencari buku tetapi pilihanku sering tidak begitu tepat. Nasib baik ada kawan yang bijak macam Ben. Walaupun Ben bukanlah seorang yang rajin membaca ataupun duduk terperuk di library berjam-jam seperti aku, dia tetap merupakan seorang pelajar yang sangat bijak. Jika tidak, masakan dia kekal menjadi salah seorang pelajar yang mendapat anugerah dekan setiap sem!

"Ringgg" tiba-tiba handphoneku berbunyi. Menandakan satu sms masuk ke inbox. Tertera sms daripada suatu nombor yang tidak dikenali. Aku menekan button read.

"Salam jaja. Tengah watpe?" ringkas sahaja sms tersebut.

"Sapa ni?" ringkas juga aku membalas.

"Mukhriz."

Erk! Bila masa pulak aku kasi nombor kat mamat ni? Ni mesti Ben yang bagi!

Baru aku ingin menaip sms kepada Ben, tiba-tiba satu lagi sms masuk. Aku melihat nama yang tertera di skrin handphone. Stephen!

"Kate..Please come back to me. I LOVE YOU. I REALLY DO. I sanggup mati kerana you."

Aku tersentak. Tak tau nak kata apa!

7 comments:

  1. okeh... dah abis baca... next chapter please...

    oh ya cikgu.. rasanya mcm ada kesalahan ejaan je kat perenggan pertama nuh... bertungkus lumut... apa kah maksudnya mertungkus lumus hendak ke lumut... atau bertungkus lumus membesihkan lumut... heheh... patutlah Dr. Alifi tu komen pun... heheheh

    ReplyDelete
  2. hamboih abg batman nih habis kat sini pun nak dikomennya. :p abg batman mau jadik editor citer merapu nih ek?? kena kasik lompat tikam sedulang! :P

    ReplyDelete
  3. Hahahaha ade lagi rupanya pembaca setia.... siap komen pasal ejaan lagik ... hehehehe

    ReplyDelete
  4. cerita dah makin menarik... dkama pun dah ade gangs nak baca... Tunggguuuuuuu yang akan datang nyer... 99999999999

    ReplyDelete
  5. dkama,
    ehehe ilham belum dtg lagik nih :p

    ReplyDelete
  6. chime,
    errk tunggu dpt ilham dulu. ehehehe

    ReplyDelete