Tuesday, October 27, 2009

Chapter Empat Belas

Petang Ahad itu, aku hanya menghabiskan masa di bilik sambil menonton dvd Ghost. Untuk yg ke berapa kali, aku pun tidak pasti. Yg pasti, aku memang suka cerita tu. Kisah percintaan yg penuh syahdu antara watak utamanya, Patrick Swayze dan Demi Moore. Cinta yg dipisahkan oleh sebab kematian, bukan kecurangan atau yg lain-lain. Bila hero mati, heroin tetap setia dengan si hero. Roh si hero pulak still berlegar-legar kat bumi, still dekat dengan si heroin sampaikan adakalanya si heroin dapat merasakan kehadirannya. Memang best. Alangkah bestnya kalau aku mempunyai kekasih yg setia macam tu. Sayangnya tidak...

Asalnya aku bercadang ingin turun menonton tv di bilik tv di tingkat 3, tapi tak jadi. Malas pulak nak turun ke bawah. Akhirnya aku hanya menghabiskan masa di dalam bilik, sambil menonton dvd Ghost.

'Tanpa Cintamu aku resah...' tiba-tiba handphoneku berbunyi. Kacau betul lah..Baru nak feeling tengok Demi Moore menangis sebab Patrick mati kena tembak! Aku melihat pada skrin handphone. Rupa-rupanya call dari Ben. Segera aku menekan button 'answer'..

"Hello sayang."

"Huh..Banyak lah kau punya sayang. Giler sombong bila da balik kampung..Langsung tak ingat nak sms aku.."

"Alah..kan aku dah call ni. Lagi besh dari sms apa."

"Ah kau memang sombong."

"Hahaha..sorry lah. Aku bz sikit. Ayam itik nak bagi makan, kambing lagi..Nak lepak tepi sawah pun x sempat kau tau."

"Banyaklah kau punya kambing!"

"Hehehe..marah nampak? Cakap ajelah kau tu rindu kat aku..Macamlah aku taktau."

"Ceh. Perasan. Tak kuasa der aku nak rindu kat kau!"

"Alah kau tu mulut kata lain, hati kata lain. Aku faham sangat dah. hehe"

"Ceh..takde maknanya! Kau tu bila nak balik sini?"

"Aku dalam bas lah ni. Nak dekat maghrib kang aku sampai."

"Hah elok lah tu.. Ingatkan dah tak ingat nak balik sini dah."

"Hehe..ingatlah. Aku mana boleh tinggalkan kau sorang-sorang lama sangat kat sana. Baru tinggal sehari pun kau dah rindu..Inikan pulak dua, tiga hari..Mau mabuk kepayang kau kang!"

"Sengal! Jauh camni berani lah sakat..Cuba dekat.."

"Jauh lah kena sakat habis-habisan. Dekat tak boleh. Kang kena ketam je manjang. hahaha"

"Hampeh.."

"Gurau jelah beb...hehe. So apa cer weekend ni? Mesti kau boring kan bila aku takde?"

"Memang pun. Boring gila..Tapi semalam aku gi Midvalley jap."

"Buat apa?

"Saja window shopping."

"Kau tuh mmg..x habis-habis window shopping. Belinya tidak."

"Hehe..beli tunggu duit masuk la. x pun tunggu kau belanja."

"Aku belanja? Tunggu musang berjanggut sok aku belanja kau kat Midvalley tuh. haha. Eh ok lah beb. Aku nak lena sat. Nanti dah sampai aku call kau balik."

"Ok."

Talian dimatikan. Tak sempat aku nak cerita pasal aktiviti window shopping dengan Si jamban!

...........................................

Malam itu, aku ke cafe KTHO. Lama tak makan kuey teow tomyam kat sana. Macam biasa, cafe KTHO memang penuh dengan budak-budak Palapes. Maka suasana menjadi sedikit riuh dan bising. Aku hanya duduk di sudut tepi, makan cepat-cepat kemudian singgah ke cc untuk check email. Terpaksa menunggu sekejap disebabkan tiada pc yg kosong. Selepas 10 minit, baru ada pc kosong.

Rata-rata di situ, semuanya bz bersembang di YM. Aku pulak, dah berbulan tak bukak YM aku. Malas. Lagipun YM sekarang ni amat membosankan. Kebanyakannya tak habis-habis "asl?" Duh! Memang bosan. Saja aku jeling pc sebelah aku. Diguna oleh seorang perempuan yg sedang kusyuk menulis blog. Nampak macam best pulak kalau ada blog. Boleh menulis apa saja yg disukai. Tengok lah nanti aku nak try jugak buat blog.

Tengok jam, dah dekat pukul 9.30pm. Tiba-tiba teringatkan Ben. Dah sampai ke belum mamat tu. Dia kata nak call kalau dah sampai. Entah ye ke tidak dia tu. Bukan boleh percaya sangat. Terus aku call dia..

"Hello Ben. Kau dah sampai belum?"

"Laa..aku baru je nak call kau. Kau dah call dulu pulak. Macam tau-tau aje. hehe. Aku dah sampai kat bus stand Kajang dah ni."

"Tadi kata nak dekat Maghrib kau sampai? Nih dah malam dah nih."

"Bas yg aku naik rosak lah. Tukar bas lain kat Tapah. Tu yg lambat sikit.."

"Laa..sian. Takpelah. Asalkan dah selamat sampai. Sapa jemput kau kat bus stand Kajang tuh?"

"Aku suruh Mok jemput aku. Dia ada ni. Dia kimsalam kat kau. hehe."

"Waalaikumussalam. Kimsalam lah balik kat dia. hehe."

"Tak payah. Aku jeles. hihihi."

"Ceh. Sengal. Oklah. Balik elok-elok. Esok jumpa kat kelas. Aku kat cc KTHO nih."

"Aik? Sempat lagi merayap ke cc malam-malam buta ni? Balik tido lah woi. Pukul 11 kan time tido kau. hehe"

"Eleh. Ni belum pukul 11 pun. Kang aku balik lah."

"Ok. Jumpa esok. Bye beb."

"Bye."

Tak lama selepas aku call Ben, aku terus meninggalkan cc itu. Boring pulak lama-lama. Oleh sebab menggunakan pc tak sampai satu jam, tak banyak yg aku kena bayar. Segera keluar dari perkarangan cafe KTHO dan mendapatkan skuter pink aku. Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara.

"Hey."

"Steve? Apa you buat kat sini?"

"Saja. Jumpa my friend."

"Owh ok."

"Where did you go yesterday?"

"Why?"

"I want to know."

"Sorry Steve. It's none of your business. Ok lah. I nak balik."

"Sampai bila you nak lari dari i eh?"

"I tak lari dari you. You yg cari pasal. So, will you excuse me? I have to go now."

"You ingat i stupid? I saw you with a guy yesterday at the KTM! Patut lah i pujuk macam mana pun you dah taknak layan i. Dah ada boyfriend baru rupanya."

"Boyfriend baru? Bila masa pulak i ada boyfriend baru ni?"

"Come on lah. You ingat i buta ke? If he's not your boyfriend,then who is he? Entah-entah masa dengan i lagi you dah dengan dia."

"You jangan sukahati nak tuduh i ye Steve. The guy you saw is just a friend of mine. Kalau dia boyfriend baru i sekalipun, it is none of your business. You had your chance but you blew it. So please, go on having fun with ur chinese girlfriend. I don't care about you anymore! In fact, i hate you very much!"

Terus aku meninggalkan Stephen terpunga-pinga di situ macam orang bodoh. Padan muka dia! Dia ingat aku ni apa. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Hari tu tak pasal-pasal dia tumbuk muka Ben. Kali ni nak tuduh aku ada boyfriend baru pulak. Stupid! Aku benci gila dengan kau!

Handphone aku tak henti-henti berbunyi pada malam itu. Semuanya panggilan dari Stephen. Aku nak tidur pun tak senang. Entah apa lagi lah yg apek sekor ni nak. Tak habis-habis nak buat aku sakit hati. Malas aku nak angkat call dia! Akhirnya aku off kan terus handphone sampai ke pagi. Akibatnya, pagi esoknya aku solat Subuh pukul 6.55 pagi sebab lambat tersedar! Selalunya aku akan set alarm kat handphone pukul 6.00pagi. Oleh sebab aku off kan handphone malam tadi, aku pun terbangun lambat. Nasib baik sempat solat Subuh! Semuanya si Stephen jahanam tu punya pasal! Stupid..

.............................................

'You are so selfish, Kate. I've never met a girl like you my whole life. You mmg berhati batu. You langsung tak nak bagi i peluang untuk baiki diri i and start over with you. I just made one mistake and you terus buang i dari hidup you. You mmg kejam.'

'I know i screw up big time..I curang dengan you. Tapi i betul-betul menyesal about that. I don't love her, Kate. The person that i really love is you. Only you. Kenapa you susah sangat nak terima that fact?'

'I understand, mungkin you dah susah nak trust me. Tapi percayalah, i only love you! I tried so hard to love her but i still couldn't. You tau tak, dah banyak kali i bergaduh dengan dia sebab you. I LOVE YOU, Kate. I always do. So please dear, give me one last chance. I beg you..'

Selepas aku on kan semula handphone, 3 sms masuk. Semuanya sms dari Stephen. Mungkin sms malam tadi. Tiba-tiba aku rasa sebak membaca ketiga-tiga sms itu. Tapi hati aku memang keras. Setiap kali teringatkan kecurangan dia, aku terus tak jadi menangis. Malah menjadi semakin kuat. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yg berlaku.

Tiba-tiba handphone berbunyi..

"Hai sunshine. Dah pergi kuliah ke?"

Si jam...err Alfian!

"Err hello. Belum lagi. Baru nak pergi."

"Owh ok. Hurm..sorry lah semalam x contact you. I bz sikit."

"Takpe. x kisah pun."

"What? Tak kisah? Ish..sampainya hati. Tak rindu i ke?"

What the hell? Sengal apa mamat nih? Apahal pulak aku nak rindu kat kau?

"Er..tak."

"Tapi i rindu kat you. Jumpa you petang ni boleh?"

Jumpa?? Apahal pulak nak jumpa aku??

"Er tak boleh janji lah. Tengok lah kalau takde hal. Ok lah eh, nak pergi kelas dah. Bye."

"Alahai..you ni bz betul ye. Susahnya nak ajak jumpa. Ke nak jumpa secara kebetulan lagi macam kelmarin? hehe."

"Erk...ada pulak. Ok lah, gotta go."

"Ok ok..Bye sunshine."

Sunshine sunshine! Ingat aku matahari ke??


Thursday, August 20, 2009

Chapter Tiga Belas

"I don't think i can take this anymore, Steve. You memang dah melampau sangat kali ni. Now tolong pergi dari sini. I taknak tengok muka you lagi. Please go.."

"But Kate.."

"Just go!"

Stephen berlalu pergi dari situ tanpa sebarang kata. Mungkin terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba melenting sebegitu sekali. Kesabaran manusia ada batasnya. Begitu jugak dengan kesabaranku. Aku benar-benar tidak dapat menahan rasa marah kali ini. Stephen memang tidak patut menumbuk Ben sebegitu. Ben tidak bersalah dalam hal ni. Sebagai seorang kawan, dia hanya berniat melindungi aku. Aku dihantui rasa bersalah yang teramat sangat pada Ben. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej malam itu, aku betul-betul rasa tidak sedap hati walaupun menurut Ben, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yg berlaku.

Sedang aku cuba melelapkan mata yang tidak langsung rasa mengantuk, aku mendapat panggilan dari Ben. Pada mulanya ingin kubiarkan saja panggilan tersebut tetapi akhirnya kujawab juga...

"Beb..kenapa belum tido?"

"Entah."

"Kau fikir lagi pasal tadi eh?"

"Yup. Aku rasa serba salah sangat dengan kau..Aku rasa tak sedap hati.."

"Alahai. Relax lah beb..Aku bukannya mati pun. hehe."

"Kau nih...serius kejap boleh tak?"

"Okay..okay sorry. Kau jangan risau lah. Aku okay. Lagipun dia tumbuk tak kuat sangat. Kalau kuat tadi memang nahas lah dia."

"Tapi kenapa kau tak tumbuk dia balik eh?"

"Aku saja malas. Kalau aku tumbuk dia balik, teruk pulak dia aku belasah. hehe."

"Eleh yelah tuh. Aku tau kau tuh bukannya kaki gaduh.."

"Pandai pun. Tapi kalau dia usik kau tadi memang aku belasah la jugak."

"Hmm..Entahlah Ben. Aku sebenarnya tak sangka lak dia akan buat macam tuh. Aku taktau nak buat apa lagi dah. Aku betul-betul buntu.."

"Kau sayang dia lagi?"

Terdiam sejenak aku mendengar soalan itu. Sayang lagikah aku pada jejaka berketurunan Cina itu setelah dia curang dengan aku? Entah, aku sendiri pun taktau!

"Beb..diam aje? Kau tak suka eh aku tanya camtu? Okay lah aku tak tanya dah."

"Bukan. Aku sebenarnya dah mengantuk. Okay lah Ben.. Aku rasa aku nak tido dulu lah.."

"Okay..okay. Aku lupa lak..Skang kan time tido kau. Sleep tight, okay."

"Okay. You too."

Panggilan dimatikan. Aku sebenarnya sedikit pun tidak rasa mengantuk. Cuma aku tidak mahu memanjangkan perbualan yang melibatkan Stephen. Aku malu dengan Ben. Aku malu dengan segala yg telah berlaku. Tipu jika aku katakan bahawa tiada sekelumit pun rasa sedih di hati aku mengenangkan kegagalan cinta pertamaku bersama Stephen. Aku sedih, teramat sedih! Namun apakan daya, aku memang tidak dapat menerima hakikat kecurangan Stephen terhadapku. Sedangkan aku begitu setia, langsung tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari lelaki lain selain dia. Mungkin aku boleh memaafkan perbuatannya, tetapi untuk melupakan, aku memang tidak mampu!


...................................


Petang Jumaat esoknya, aku hanya menghabiskan masa di library, mencari bahan untuk menyambung tesisku. Setelah puas menunggu, akhirnya pagi itu aku mendapat semula bab 5 tesisku yang telah pun siap disemak oleh Dr Alifi. Mujurlah aku hanya perlu membetulkan sedikit kesalahan. Termasuklah melengkapkan langkah persamaan pembezaan yg tidak lengkap. Tiba-tiba saja aku teringatkan anak Dr Alifi, jejaka bermata sepet yg kupanggil Si jamban itu. Sama aje komen bapak dengan anak..

Ben tiada petang itu. Setelah menunaikan solat Jumaat, terus dia bergegas pulang ke Kedah. Katanya dah rindu sangat dengan sawah bendang dan ayam itik! Suka sangat bagi alasan macam tu. Entah-entah balik sebab rindukan buah hati di kampung! Bila aku mengusik tentang itu, katanya aku suka merepek. Hakikatnya, aku semacam merasakan Ben terlampau berahsia denganku. Mustahil dia tidak pernah menyimpan perasaan dengan mana-mana perempuan. Walaupun aku tahu bahawa memang ramai awek junior yg tergila-gilakan dia sejak dulu lagi. Tapi seorang pun dia tak layan. Mungkin jugak dia terlampau memilih. Entahlah, aku pun tak faham perempuan macam mana yg dia suka. Sebab aku sendiri pun tidak pernah bertanya tentang itu.

Suasana di library setiap petang Jumaat memang hambar. Tidak penuh seperti Isnin hingga Khamis. Mungkin kerana ramai yg pulang ke kampung ataupun keluar berjalan. Cuma aku saja yg menjadi pengunjung setia. Macam orang tak pandai bersosial. Tapi memang aku tak berapa pandai bersosial pun. Kalau tak, mesti aku ada ramai kawan. Ini tidak..asyik-asyik dengan Ben. Tak ada orang lain. Kalau dulu, Ben dengan Stephen. Tapi sekarang, dengan Ben saja lah. Adakalanya aku dapat merasakan beberapa pasang mata kerap memandang aku dengan pandangan serong yg jelas menunjukkan bahawa mereka kurang senang denganku. Mungkin mereka menganggap aku sombong, tak mahu bercampur dengan orang. Atau mungkin juga mereka menganggap aku jenis perempuan miang, hanya berkawan dengan lelaki, tak mahu bercampur dengan kawan perempuan! Biarlah apa tanggapan orang. Yg penting aku tahu menjaga maruah diri. Asalkan aku tidak melanggar adab dan hukum. Lebih baik aku macam ni daripada bercampur dengan orang tak tentu arah!

Duduk seorang diri di library macam ni adakalanya mengundang rasa kurang senang jugak. Aku kurang selesa dengan pandangan mata sesetengah Pak Arab yg bagiku memang berwajah miang keladi! Tidak cukup mengenyit mata, ada jugak yg berani datang dekat dan menjual minyak urat. Yang lelaki melayu pun sama jugak. Orang tengah cari buku, dia sibuk nak berkenalan. Nampak sangat pergi library bukan nak study, tapi nak mengurat! Tapi semua pun aku tak layan. Malas aku.. Tujuan aku pergi library bukannya nak berkenalan, tapi nak cari bahan tesis. Akhirnya lelaki-lelaki macam ni termalu sendiri, walaupun ada jugak yg kata aku berlagak tak tentu pasal, macam lah cun sangat. Lantak korang lah, bukan aku rugi apa-apa pun!


......................................

Pulang dari library petang itu, aku singgah ke kafe Kolej Ungku Omar untuk 'tapau' nasi campur. Malas pulak nak makan kat luar sebab Ben tak ada. Kalau Ben ada, macam biasa lah, kami akan pergi makan di mapley dalam Warta tu. Tak pun kat kedai makan area Fasa 1 dekat Shell, ataupun kat Bistro area Petronas. Tiga tempat ni sajalah yg kami biasa pergi. Lagipun, Ben memang cerewet sikit tentang makanan.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yg macam aku kenal. Aku pun menoleh..

Mukhriz!

"Err walaikumussalam."

"Jaja sorang aje ke? Ben mana?"

"Ben balik kampung minggu nih." Aku menjawab ringkas, sambil mengisi lauk ke atas nasi dalam bekas polestrin. Aik? Takkan dia taktau?

"Oh yeke...dia tak cakap pulak dengan sy." Patutlah pun!

Aku hanya senyum.

"Jaja first time beli makanan kat sini eh? Tak pernah nampak pun. Sy selalu makan kat sini petang-petang camni." dia masih ingin berbual.

"Aah." jawabku ringkas sambil tersenyum. Kemudian aku segera meminta diri untuk membayar di kaunter. Dia hanya mengangguk dan membalas senyumanku.

Selepas membayar di kaunter, aku segera keluar dari kafe itu, tanpa langsung memandang Mukhriz yg masih berada di situ. Sorry lah Encik Mukhriz oi..tak reti aku nak beramah mesra dengan kau. Lainlah kalau Ben ada..

Sebaik saja aku ingin menghidupkan skuter, handphoneku tiba-tiba berbunyi. Satu sms masuk...dari nombor yg tidak dikenali. Aku sempat membaca sms tersebut...

Take care, Snow White. Jumpa lagi next time.

Snow White? Siapa pulak yg panggil aku Snow White? Mungkinkah dari Muhkriz? Lantaklah. Yg penting aku nak cepat-cepat sampai ke hostel!

..............................................

Esoknya aku ke Mid valley sorang diri. Dah lama tak jalan-jalan sambil window shopping kat sana. Kalau dulu tu selalu lah jugak pergi dengan Stephen. Jalan-jalan, shopping ataupun tengok movie kat GSC...tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan. Ada jugak sekali dua pergi dengan Ben. Itu pun setelah puas diajak. Ben bukannya suka pergi ke tempat macam tu. Melainkan ada tujuan. Kalau semata-mata untuk window shopping saja, jangan harap lah dia nak ikut. Katanya lebih baik pergi Warta. Kelakar jugak bila dikenangkan.

Aku ke Mid valley menaiki tren komuter. Mujurlah ada stesyen komuter UKM. Kalau tidak, memang payah jugak nak ke tempat-tempat macam Mid Valley tu. Nak harapkan aku bawak sendiri skuter pink aku tu ke tempat macam tu, memang tak mungkin lah. Aku bukannya tahu jalan sangat. Kalau setakat area Bangi saja boleh lah sebab dah biasa. Tapi kalau nak bawak pergi jauh sikit, selalunya aku akan bergantung kepada Ben sebab Ben saja yg tahu selok-belok jalan.

Sebaik saja mendapatkan tiket perjalanan dua hala, aku segera menunggu tren. Keadaan di stesyen komuter agak sesak disebabkan memang ramai orang menunggu tren yg menuju ke Rawang/Pelabuhan Klang yg rata-ratanya student UKM macam aku. Maklumlah hari Sabtu. Memang hari untuk kami keluar berjalan, berdating mahupun pulang ke rumah atau ke kampung. Aku terpaksa berdiri di kawasan tepi landasan disebabkan orang terlalu ramai dan tiada lagi tempat duduk yg kosong.

"Cik Khatijah?" tiba-tiba suatu suara menegur. Macam suara si...

Aku segera menoleh. Si Jamban! Aku dah agak..

"Hey...tak sangka jumpa you kat sini kan?"

Aku sekadar membalas dengan senyuman dengan harapan agar dia mengerti bahawa aku tidak berminat untuk berbual dengannya. Tetapi nampaknya harapanku hanya tinggal harapan...

"If you don't mind me asking...you nak kemana? Sorang aje ke?"

Dah nampak aku sorang-sorang tuh mestilah aku sorang aje! Takkan berdua kot! Apalah punya soalan..

"Yer sorang."

"Nak kemana?"

"Rawang." jawabku menipu. Mintak-mintaklah mamat nih turun sebelum aku. Kalau tak kantoilah pulak!

"I see..jauh tu Rawang. Pergi sorang pulak tu. Boyfriend you tak temankan pulak?"

"Dia balik kampung."

"Oh patutlah. Hehe.. Kebetulan lah pulak jumpa you kat sini eh. I pun sorang jugak nih. "

Sumpah aku tak tanya!

Tidak lama selepas itu, tren sampai. Aku segera memboloskan diri ke dalam tren bersama-sama penumpang lain. Termasuklah Si Jamban! Satu gerabak lah pulak. Mintak-mintaklah dia turun sebelum aku. Kalau tak memang sah-sahlah kantoi aku turun kat Mid Valley!

Lelaki bermata sepet bernama Alfian yg sering kupanggil Si Jamban itu berdiri tidak begitu jauh dariku di dalam tren. Namun begitu, keadaan tren yg agak penuh dan padat menjadi penghalang untuk kami menyambung perbualan tadi. Aku menarik nafas lega. Bersyukur kerana tidak perlu lagi meneruskan perbualan dengan lelaki itu. Harapanku semoga dia akan turun di stesyen sebelum stesyen Mid valley! I wish!

Namun begitu, harapanku semakin tipis pabila kulihat lelaki itu masih lagi berada di dalam tren selepas melepasi stesyen Bandar Tasik Selatan. Harapan sekali lagi tinggal harapan pabila dia masih lagi berada di dalam tren itu selepas melepasi stesyen Seputeh!

Aduhai...memang terang-teranglah aku akan kantoi! Tapi lantak lah dia nak cakap apa pun. Peduli apa..

Apabila tren berhenti di stesyen Mid valley, aku segera keluar dari tren tanpa sedikit pun memandang ke arah Si Jamban!

"Hey...kejap"

Ya Allah! Dia pun turun sini jugak ke??? Giler!

"Tadi you kata nak ke Rawang. Tapi turun kat sini pulak? You tipu i ye.."

"Ha'ah." Selamba aku menjawab dan kemudian terus segera berjalan memanjat tangga.

"Hey kejaplah."

Hisy...apa lagilah mamat nih nak?

"You nak apa?"

"Nothing. Saja nak jalan sama. Tak boleh?"

"Okay, jalanlah."

"Lah..bukanlah nak jalan aje. Jalan sambil berbual lah..hehe."

Gelak..gelak..apa yg kelakar ntah!

"I taknak berbual dengan you lah. I nak cepat ni!"

"Nak cepat ke mana?"

"None of your business!"

"Isk..relax lah. Bukan nak pergi jumpa boyfriend pun kan?"

Aku tidak menjawab. Malas ingin melayan kerenah lelaki itu! Segera aku mempercepatkan langkah.

"You marah ye? Okay..okay..sorry. "

"Look, encik. I tak ada masa nak layan you sekarang or at any other time okay? So, tolong jangan ganggu i. Mind your own business lah!" ujarku, tegas.

"Okay..okay..i tak ganggu you. Tapi I just nak tanya satu soalan aje."

"What??"

"Salah ke kalau i nak kawan dengan you?"

Aku terus kehilangan kata-kata! Memang tidak salah dia ingin berkawan denganku. Lagipun aku sudahpun memaafkan perbuatannya membaca bab lima tesisku secara curi tempoh hari. Bukan sekadar memberi kemaafan, tetapi jugak sebuah penampar! Sepatutnya aku jugak turut memohon maaf tentang itu..

"Napa you tak jawab? Salah ke i nak kawan dengan you?"

"Tak." Tiba-tiba terkeluar perkataan itu tanpa aku sedar.

"So?"

"So apa?" aku tiba-tiba jadi blur!

"So boleh i temankan you, if you don't mind? I sebenarnya datang sini pun saja-saja takde tujuan spesifik."

"Okay..." Aku jadi semakin blur!

Hari ini dalam sejarah. Petang itu, aktiviti window shoppingku ditemani oleh orang yg memang tidak pernah kujangka - Si Jamban!



Saturday, August 1, 2009

Chapter Dua Belas

Setiap kali terkenangkan panggilan telefon yg aku terima malam tadi, aku jadi serba salah. Aku sendiri tak menjangka yang aku boleh sekasar itu..

"You nak apa call i?"

"Ui garangnya...Jangan lah garang sangat Cik Khatijah. I call nak mintak maaf pasal i baca chapter 5 tesis you aritu.."

"Okay, apology accepted. Bye!"

"Ehh..nantilah kejap.."

"Nak apa plak lagi??"

"Nak you..hehe gurau..gurau."

"Banyak lah punya gurau! I nak tidur dah ni. Apa lagi you nak cakap??"

"Lah..awalnya nak tidur. Relaxlah..belum tengah malam lagi pun.. Baru nak ajak sembang kejap."

"Kalau dah mata mengantuk, takkan nak tunggu tengah malam baru boleh tidur? Sorrylah, i takde masa lah nak sembang dengan stranger!"

"Tapi i bukan stranger kan?"

"Yes, you are. I tak kenal you so you are a stranger to me. So, okay lah stranger, i nak tidur! Good night!"

"Wait.."

"Apa lagi??"

"Esok i datang UKM..boleh jumpa you tak?"

"Lerr...nak jumpa apasal pulak!"

"Saja..boleh jugak i belanja you minum ke apa. Lagipun i still rasa bersalah pasal tesis you tu.."

"Thanks, but no thanks!"

"Please..i still tak sedap hati ni.."

"Eh encik..i told you apology accepted kan? So that's enough lah!"

"Ish..ish..memang betullah garang cik khatijah ni..By the way, my name is not 'encik' lah. My name is Alfian..hehe.."

"So?? Ada i kisah ke?! Nama you Alfian ke, jamban ke..lantak you lah!!"

Terus aku matikan panggilan tanpa sempat mamat tu menjawab! Aduhai..serba salah betul aku rasa. Padahal dia berniat baik nak mintak maaf. Mesti dia fikir aku ni perempuan brutal. Tapi lantaklah dia..Siapa suruh loyar buruk sangat!

Kuliah Dr hafiz pagi ni punyalah boring gila. Entah apa yang dibebelnya kat depan tu. Menyesal pulak aku ambiksubjek Real Analysis ni waktu sem akhir macam ni. Dulu awal-awal taknak ambik. Nasib baik lah Ben sanggup temankan aku ambik waktu sem akhir ni. Kalau tak, mahu aku melopong sorang-sorang..Sebut pasal Ben, takde pulak nampak kelibat dia pagi ni. Ponteng lagilah tu. Takpun tidur tak ingat dunia sampai terlajak! Tapi logiklah pun dia ponteng. Kuliah pagi ni memang boring gila..Tengok jam, ada lagi half an hour. Tapi sepatah haram pun aku tak faham. Huwaaaa kenapalah si Ben ni ponteng hari ni!


.....................

"Hola seniorita!" sedang enak aku mengunyah sandwich tuna kat kiyos Pusanika tu, Ben tiba-tiba muncul. Tersenyum-senyum macam kambing!

"Uik..mana kau tau aku kat sini?"

"Biasalah..aku kan cucu cicit nujum pak belalang."

"Ceh..mana kau pergi tadi, hah? Boring aku sorang-sorang dalam kuliah tau tak! Dahlah lecture Dr Hafiz bosan gila!"

"Hehe..aku tak sedar lah. Lepas Subuh tadi aku tertidur balik! Sedar-sedar dah pukul 9.00. Tak sempat!" jawab Ben selamba.

"Eleh...tertidur konon. Saja tidurlah tu! Macam lah aku taktau kau tu.."

"Hehehe..so belajar apa hari ni?"

"Err...entah!" aku pulak selamba menjawab. Macam takde perasaan.

"Ya salam pompuan ni...kau berangan ke apa??"

"Banyaklah kau.."

"Ha...dah cuak..Beranganlah tu!"

Pantas aku mencubit lengan Ben selepas itu. Ben hanya ketawa sambil menggeleng kepala. Hendak saja aku menceritakan panggilan dari anak Dr Alifi malam tadi tapi tak jadi. Biarlah. Malas aku nak ingat.

"Ha tengok tu berangan lagi. Tiba-tiba muka masam apahal?"

"Errr..mana ada! Pergilah order minum."

"Baik bos! Kau belanja kan?"

"Yelah."

Aku hanya memandang Ben berjalan menuju ke kaunter. Lega rasanya bila ada Ben bersama aku. Sejak kenal dengan Ben, aku jadi tak biasa bila berseorangan. Padahal sejak sekolah lagi aku dah biasa seorang. Aku memang dikenali sebagai lone ranger. Semua kawan-kawan sekolah pun sedia maklum. Aku tak ada kawan rapat. Ben adalah orang pertama yang aku anggap kawan rapat aku. Selepas Ben, datang pulak Stephen..Tapi bezanya, perkenalan dengan Stephen membuahkan rasa cinta. Perasaan yang buat pertama kalinya wujud dalam diri aku bila aku kenal dia. Bukannya tak ada lelaki yang sukakan aku masa sekolah dulu. Cuma aku yang tak berminat. Tetapi bila kenal Stephen, perasaan tu tiba-tiba muncul tanpa aku duga. Tapi kini semuanya sudah tinggal kenangan..

"Oi cik kak! Sudah-sudahlah berangan tu. Shahrukh khan taknak der kat kau. hehe.." suara Ben terus mematikan lamunan.

"Eleh..macam lah Pretty Zinta nak kat kau!"

"Aha..tulah kau taktau..Aku kalau pergi Bollywood tu, bukan Pretty Zinta je tergilakan aku, dengan mak dia sekali tergilakan aku tau. hahaha"

Aku turut ketawa. Ben memang pandai menghiburkan hati. Walau macam mana sedih pun aku rasa, aku tetap akan terhibur dengan telatah Ben.

"Oh yer beb..kau punya bab 5 apa cer? Dr Alifi ada contact?"

Mendengar nama Dr Alifi, serta merta aku teringatkan anak dia si jamban..er Alfian tu!

"Entahlah. Takde pulak lagi.. Dia busy sangat kot.."

"Yelah tu kot..takpelah. At least boleh relax dulu. Lagipun kau advance sangat dah. Aku baru bab 3 kau dah bab 5 tu.."

"Alah..kau punya tajuk susah..biasalah tu."

"Tulah pasal..aku pun dah kering idea dah ni. Nyesal pulak aku offer diri nak buat pasal Quantum Mechanics tu. Kau tau jelah Datin Aida tu..cerewet bukan main."

"Sapa suruh kau pergi offer diri. Napa tak bagi je tajuk tu kat Cheok tu? Dia kan under Datin Aida gak?"

"Entahlah. Kata Datin, si Cheok tu lebih kepada pure math.. So Datin suruh dia buat berkaitan Algebra or Teori geometri. Aku lebih kepada Applied math. Tu yg aku kena jugak buat pasal Quantum.."

"Takpe...kau tu bijak. Lambat-lambat pun result kau power jugak. hehe."

"Alah kau tu pun boleh..Yg penting kita bersungguh."

Itulah Ben yg aku kenal. Seorang yang bijak tapi tak pernah menyombong dan meninggi diri. Ben jugak bergaya sempoi, tak terlalu bergaya, tak jugak selekeh. Kata orang, sedaplah mata memandang. Tak macam sesetengah lelaki yang bergaya terlampau over macam kan dia sorang saja yang hensem dalam dunia. Tak kurang juga yang terlampau selekeh dan tak pandai menjaga kebersihan diri sampaikan orang tutup tutup hidung bila berjalan di tepi dia. Sudah lah begitu, ada hati pulak nak mengurat perempuan. Macam-macam ragam...

.....................

Petang itu, sekali lagi aku mengikut Ben ke padang tepi kolej untuk menonton orang bermain ragbi. Memandangkan aku tak ada kerja untuk dibuat petang itu, aku terus menyuarakan hasrat untuk mengikut Ben. Nak repair Bab 5 tesis, aku belum mendapat apa-apa kabar dari Dr Alifi. So, lebih baik aku mengikut Ben menonton orang bermain ragbi. Best jugak rupanya. Kata Ben, tiada perlawanan petang itu. Jadi kami hanya menonton orang membuat latihan.

"Hai Cik Khatijah.."

Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yang agak familiar. Aku menoleh ke arah suara itu.

Si jamban! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?


Aku dapat melihat wajah Ben berkerut. Pelik barangkali. Lagipun Ben mana pernah jumpa dengan 'si jamban' sebelum ni. Hanya mendengar cerita dari aku saja.

"Cik Khatijah datang sini nak tengok i main ragbi ye?" si jamban tersenyum manis. Jelas menampaknya matanya yang sepet. Manis ke?

"Siapa pulak datang nak tengok you main ragbi. Bukannya i tau you pun main kat sini. jangan perasanlah!" jawabku agak keras.

"Oh i see.. manalah tau kan. Kot lah you datang nak cari i. Hehe..Tulah, kita nak jumpa dia, dia tak sudi. Akhirnya jumpa kat sini jugak ye.." si jamban masih tersenyum!

"Jangan perasanlah. I datang sebab nak teman my boyfriend! Bukan nak cari you." aku mula menyampah melihat muka si jamban yang asyik tersenyum. Aku segera memaut lengan Ben. Ben agak terkejut dengan kata-kata dan tindakan aku. Sorry sangat Ben! Nanti kemudian aku explain! Namun kata-kata itu hanya tersimpan di dalam hati.

"Oh i see..by the way, i Alfian." tiba-tiba dia menghulur tangan ingin bersalam dengan Ben.

"Benjamin." jawab Ben ringkas sambil menyambut tangan lelaki yang cukup membuat aku meluat itu!

"Okaylah Cik Khatijah. Nanti jumpa lagi." Lelaki yang kugelar si jamban itu akhirnya meninggalkan kami dan terus menuju ke padang untuk bermain.

Sememangnya aku sedikit pun tak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di situ! Menurut kata Ben, dia bukannya budak UKM. Mungkin orang luar yang tumpang berlatih di padang kami.

"Sorry lah aku buat macam tu tadi. Aku geram gila dengan mamat jamban tu!" terus aku meminta maaf tentang tindakanku memaut lengan Ben secara tiba-tiba.

"Hehe..no probs. Buat lagi lain kali." jawab Ben, mengusik. Satu cubitan dariku hinggap ke lengannya.

"Adoi la..satu hari je berapa kali aku kena cubit dengan kau. Masak..masak.."

"Heee sorry. dah terbiasa." aku hanya tersengih.

"Marah betul eh kau dengan mamat tu? Sepatutnya dia yg marah sebab kau sepak muka dia.haha"

"Padan lah muka dia. Siapa suruh cari pasal. Malam tadi pun dia cari pasal lagi. Call aku malam-malam buta."

"Aik? Tak cerita pun?"

"Saja aku malas.."

"Dia call apsal? nak carik gaduh balik ke? hehe"

"Tak. Dia call mintak maaf."

"Hah..eloklah tu mintak maaf. Yang kau cakap dia carik pasal napa pulak?"

"Sebab dia loyar buruk!"

"Aik? Sebab tuh jek? Aku ingat dia cakap nak sepak kau balik. hehehe"

"Berani lah dia.."

"Kot dia nak mengorat kau kot? Tapi dah terbantut lah nampaknya sebab kau cakap aku ni boyfriend kau. hahaha."

Aku turut tergelak.

"So, sekarang ni aku boyfriend kau lah?"

"Heeee tak kuasa! Tadi tu berlakon jelah!"

"Berlakon pun okay jugak. Aku P Ramlee kau Saloma."

Serentak kami ketawa!

.............................................

Malam itu, selepas solat maghrib, aku ke Warta bersama Ben untuk membeli barang keperluan yang sudah habis. Mulanya aku bercadang untuk pergi seorang tapi tiba-tiba dapat sms daripada Ben, mengajak aku dinner di mapley. Aku terus kata okay memandangkan mapley tu pun memang dalam Warta. Walaupun asalnya aku memasang niat untuk skip dinner pada malam tu. Asal nak diet aje mesti tak jadi! Isk..isk..


"Beb..apsal kau makan tak habis roti telur tu?"

"Aku dah kenyang."

"Yelah tu..diet eh??"

Isk dia ni macam tau-tau pulak!

"Aah lah. Aku makin tembam ni kau tak nampak"

"Alah...mana ada tembam sangat. Tembam comel aje. Bukan gemuk gedempol cam badak pun. hehehe."

"Banyak lah kau!"

"Dah..makan bagi habis. Kalau tak kang masuk mulut aku kang."

"Kau nak ambik lah. Aku taknak.."

"Hisy...dia ni. Cepat makan bagi habis. Jangan membazir, tak elok. Membazir amalan syaitan!"

"Yelah ustaz" aku terus menyuap baki roti telur ke dalam mulut dengan penuh terpaksa.

Ringgg. Tiba-tiba satu sms masuk.

"Dear, you ada di Warta ye? i saw ur scooter at the parking lot. Can i see you? I ada di McD ni."

Gulp..terus aku telan liur!

"Ben, aku nak balik!"

"Aik? Kata tadi lepas ni nak tengok tudung?"

"Tak jadi! Esok aje."

"Apsal pulak? Sapa sms kau tadi? Mamat tu lagi ke?"

"Bukan."

"Habis tu?"

"Steve!"

"Laa..si Stephen tu rupanya. Biar jelah dia. yang kau kalut ni apsal? Kan aku ada. I'm your 'boyfriend', remember? hehe"

"Aku menyampah lah! Aku taknak jumpa dengan dia! Jomlah balik!"

"Hisy..dia ni..yelah yelah."

Setelah Ben membayar di cashier, kami segera keluar dari Warta. Aku segera mendapatkan scooter pink milikku dan Ben melompat naik ke Yamaha TZM merah putih miliknya lalu menghidupkan enjin.

"Hey.." tegur satu suara. Serentak aku dan Ben memandang. Macam mana pulak dia ni boleh ada kat tempat parking motor ni!

Dia berjalan menghampiri kami. Ben mematikan semula enjin Yamaha TZM miliknya.

"Kau nak apa lagi ni Steve?" tiba-tiba Ben bersuara, menyebabkan aku sedikit terkejut. Stephen turut terkejut. Mungkin dia tidak menyangka Ben yg akan bersuara, bukan aku.

"This is none of your business, Ben. Ini hal aku dengan Kate. Bukan urusan kau."

"Dia bestfriend aku. Aku ada hak nak campur kalau kau kacau dia."

"Kate, please..Let's talk for a while.." Stephen tak menghiraukan kata-kata Ben lalu terus memandang aku. Dia bagaikan mengharapkan aku untuk mengatakan sesuatu.

Belum sempat aku menjawab, Ben mencelah..

"Leave her alone." ujar Ben, keras. Seakan memberi warning.

"Dush!". Warning dari Ben menyebabkan satu tumbukan hinggap ke pipinya!

Aku jadi semakin kalut! Langsung tak menyangka Stephen akan bertindak seperti itu!




Tuesday, July 21, 2009

Chapter Sebelas

Hati aku sakit. Pedih. Rasa macam kena panggang atas api! Kenapalah makhluk dua ekor tu boleh muncul depan mata aku?? Terus terbantut segala rasa lapar. Terus terbantut selera nak makan kaki ayam dengan char kuey teow! Semuanya gara-gara Stephen! Kenapa mesti aku jumpa dia sekali dengan perempuan tu? Kenapa mesti jumpa dia masa aku tengah serabut?? Makin serabut kepala otak aku!

Si Ben ni pulak..kata nak makan malam sama. Dah tak jadi beli kat pasar malam..terpaksalah keluar pergi makan malam ni. Perut aku ni dah melalak mintak diisi. Ni semua lelaki tak guna tu punya pasal. Habis semuanya jadi terbantut.

'Tanpa cintamu aku...resah..'
Haa..panjang pun umur mamat sekor ni!

"Hello! Napa lambat sangat kau call ni? Aku dah lapar gila ni kau tau tak! Kau nak aku mati kebulur ke apa??"

"Sorry lah beb..Tadi aku tolong antar member aku balik rumah sewa dia. Motor dia rosak.."

"Yelah..yelah..Kau dah ada kat mana skang ni? Lama lagi ke aku nak tunggu?"

"Aku dah ada kat bawah pun. Tuan puteri punya pasal, sepantas kilat patik datang tau. hehe."

"Ceh..banyak ah kau punya tuan puteri! Kejap, aku turun!"


..................................

"Beb kau biar betul.."

"Betul lah. Aku nak makan McD malam ni. Jom lah masuk."

"Ish...kau ni. Takkan nak suruh aku makan McD pulak. Taknak lah aku. Jom gi mapley jelah."

Ben seboleh-boleh tak mahu menjejakkan kaki masuk ke dalam restoren McD berdekatan dengan Pasaraya Warta itu. Alasannya tetap sama, tak suka fastfood. Makan fastfood tak kenyang. Harap mahal aje lebih, tapi perut tak kenyang. Rasa macam nak tergelak bila mendengar Ben merungut.

"Alaa...please lah. For tonight aje kita dinner makan McD. Aku teringin nak makan Doublecheese burger dengan aiskrim Sundae coklat dia lah...Pleaseeeee.." ujarku sambil buat muka kesian. Dengan harapan Ben akan bersetuju masuk ke dalam restoren McD tersebut.

"Ahhh kau ni memang lah..pandai aje buat aku cair." jawab Ben sambil memuncung.

"Macam tu lah..hehe"

Kami segera melangkah masuk ke dalam restoren. Memandangkan perut masing-masing dah lapar sangat, kami segera memesan makanan. Mujurlah tak ramai orang...

Aku memilih tempat yg berhampiran dengan sinki iaitu di sudut belakang restoren itu. Agak privacy sedikit untuk berbual. Ben hanya mengikut, tanpa banyak soal.

"Beb...kau kata ada benda nak cerita kan. Apa dia?" pertanyaan Ben membuatkan aku berhenti mengunyah fries. Segera kusedut milo ais untuk membasahkan tekak.

"Aahh eh..Aku pun hampir lupa dah pasal tu."

"Ada kaitan dengan si Stephen tu ke? Merah padam aku tengok muka kau bila nampak dia kat pasar malam petang tadi.."

"No lah. Bukan pasal dia pun! Pergi mati lah sama dia. Malas aku nak fikir."

"Kalau bukan pasal dia pasal apa pulak?"

"Pasal tesis aku.."

"Hah..kenapa pulak dengan tesis kau? Ada prob ke??"

"Bukan..ada orang buat prank.."

"Maksud kau?"

"Kan aku da hantar bab 5 kat Dr Alifi aritu kan..pastu aku dapat email daripada dia..kononnya dia suh aku datang ambik balik dan repair sikit bab 5 tu..Bila aku pi jumpa dia, dia kata dia belum habis check bab 5 tu.."

"Aik..pelik tu..so apa jadi?"

"So..dia pun suh aku balik dulu. Kata dia, kalau dia dah habis check, baru dia bagitau. Aku pun blah lah..nak dijadikan citer, masa aku nak turun tangga, ada sorang mamat ni langgar aku.."

"Mamat mana pulak?"

"Ni lah yg aku nak citer ni..Mamat ni rupanya anak Dr Alifi! Dia yg antar email tu kat aku! Suh aku repair bab 5 aku tu! Setan.."

"Mana kau tau? Dia bagitau ke?"

"Aah! Selamba badak dia bagitau aku macam takde rasa bersalah langsung! Terus aku kasi penampar sedas. Padan muka dia.."

"Uih...berani kau lempang muka anak Dr Alifi eh..kang dia fail kan tesis kau kang baru tau. hehehe."

"Kau boleh gelak lak ekk..aku marah ni tau! Dia ceroboh privacy aku. Tesis aku kan sepatutnya antara aku dengan Dr Alifi! Dia dah kira kurang ajar curi-curi baca!"

"Alah...aku rasa dia nak bergurau je tu..tak pun tak sengaja terbaca...atau mungkin dia tertarik dengan tesis kau. Takpun nak ngorat kau. Kau kan cun. heheh"

"Ahhh dahlah. Malas dah nak citer kat kau. Orang betul-betul dia main-main pulak!" aku terus tarik muka masam dan kemudiannya menghabiskan baki burger yg tinggal.

Ben hanya tergelak kecil melihat gelagat aku yg seakan-akan sedang merajuk.

"Beb..aku lapar lagilah. Kejap lagi singgah mapley eh..bungkus roti nan 2 keping."

"Ceh..dah makan burger, fries ngan sundae dua cawan pun lapar gak lagi?? Perut dinasor betul lah kau ni! Heeeeeee..."

"Alahh..aku kuat makan pun maintain hensem jugak. heheheheh."

Aku hanya menggeleng kepala melihat telatah Ben. Sebelum balik ke hostel masing-masing, kami singgah ke mapley demi menunaikan hasrat Ben untuk membungkus 2 keping roti nan.

Ben..ben..Tak habis-habis dengan roti nan dia tu!

..........................

Pulang semula ke hostel, aku jadi mati kutu. Boring taktau nak buat apa! Lepas solat Isyak, aku hanya bergolek-golek di atas katil bujang yg langsung tak empuk ni. Nak dengar radio, malas. Nak baca novel pun malas jugak. Nak tido, mata taknak lelap pulak! Kalau lah betul-betul Dr Alifi dah habis check bab 5 tu, ada jugak aku kerja nak dibuat malam ni.

'Tanpa cintamu aku resah...tanpa..' Ish...sapa pulak lah call malam-malam ni...

Terbeliak mata aku melihat nama yg terpapar di skrin handphone - Stephen! Aku segera menekan button cancel!

Handphone aku berbunyi lagi. Kali ini saja aku biarkan tanpa berangkat. Sampailah bunyi itu terhenti sendiri.

Apa lagi yg dia nak dari aku?? Tak puas-puas lagi ke nak menyakitkan hati aku? Dah lama tak contact, tiba-tiba contact balik! Apa hal??

Handphone tersebut terus berbunyi. Ibaratkan si pemanggil tak faham bahasa yg panggilannya tidak sudi dijawab oleh si penerima!

Kringggg..satu sms masuk.

Dear, why taknak angkat call i? I tau you belum tidur lagi.

Malas aku nak jawab!

Kringgg...satu lagi sms masuk.

Kate..Pls stop ignoring me. I really miss you. Kat pasar malam tadi i tau you nampak i. Tapi you saja larikan diri. You with that guy Ben..


So what? Lantak kau lah nak kata apa!

Kringggg...Another sms from him :

I know you're still mad at me. I dun blame you for that. But at least, pls gimme a chance to still be your fren. Takkan tu pun tak boleh?


Boleh...boleh sangat...Boleh blah!

'Tanpa cintamu aku resah...tanpa..' Apa lagilah mamat ni!

"Hello! You nak apa lagi ni??" segera aku menjawab dengan kasar. Rimas dengan tindakan Stephen yg tak faham bahasa!

"At last..you angkat jugak call i."

"Kate, i really miss you.."

"Shut up! Dan jangan call i lagi. You better stop contacting me Steve or else.."

"Or else what? You nak buat apa dengan i? You buatlah apa-apapun Kate..i rela. Asalkan i tak hilang you."

"Go to hell!" Klik! Segera aku mematikan panggilan. Terus bercakap dengan Stephen membuatkan hati bertambah sakit dan pedih!

'Tanpa...cintamu aku resah...tanpa..'

"You ni tak faham bahasa ke ha?? I said go to hell!!"

"Err...assalamualaikum! Garangya...kenapa suruh i pergi jahanam?"

"Err..waalaikumussalam. Sorry, ingatkan orang tadi. Ni sapa??"

"Orang tadi siapa? Ha ni mesti gaduh dengan bf ni.."

"err...you ni siapa?"

"Owh yer, lupa pulak. I Alfian."

"Alfian mana ni? I tak kenal siapa-siapa nama Alfian."

"Actually you kenal..cuma you taktau my name.."

"What do you mean?"

"I anak Dr Alifi, ur thesis supervisor."

What??? Terus aku melopong serta merta!

Friday, July 10, 2009

Chapter Sepuluh

Petang esoknya, after solat Zohor di surau library, aku cepat-cepat balik ke fakulti atas tujuan berjumpa dengan Dr Alifi. Jam menunjukkan pukul 1.50pm. Tinggal lagi 10 minit nak pukul 2.00pm. Tak sabar rasanya nak ambik semula Bab 5 tesis aku dan perbaiki. Sebenarnya aku rasa tertekan lah jugak sebab awal-awal hari tu tak ada masalah sangat pun tesis aku tu. Kali ni macam-macam pulak masalahnya. Ini tak lengkap, itu tak lengkap. Pening jugak kepala aku!

Tepat pukul 2.00pm, aku terus tercegat depan pintu bilik penyelia tesis aku yg cerewet tu. Cepat-cepat aku ketuk pintu bilik beliau dan bagi salam. Terdengar macam suara beliau dari dalam. Terus aku pulas tombol pintu dan masuk..

Dr Alifi seakan terkejut melihat kelibat aku.

"Yes Khatijah? Any problems?" tanyanya sambil memandang aku.

"Er..semalam Dr minta sy datang pukul 2.00pm ambik balik bab 5 tesis. Jadi, sy datang ni nak ambik balik."

"Sy minta u datang ambik balik bab 5?"

"Aah. Kan semalam Dr cakap dalam email.."

"Are u sure? Sy tak hantar any emails pd u pun yesterday."

"Habis tu..pasal bab 5 tesis sy tu.."

"Bab 5 tesis u tu sy belum habis semak lagi."

"Eh...habis tu siapa yg hantar email tu kat sy semalam? Sy ingatkan Dr sebab email tu dihantar guna email address Dr."

"Eh betul ke ni? u tak silap pandang ke?"

"Betul Dr..mmg dr Dr. Dalam email tu Dr komen about bab 5 tesis sy. Dr suruh lengkapkan step nak selesaikan differential equation tu. So Dr suruh sy datang jumpa Dr hari ni untuk ambik balik bab 5 tu."

"Really? Pelik ni. Sy memang belum habis semak lagi bab 5 u. Macam mana pulak sy boleh send email pd u pulak. Hmm..it's okay lah. u balik dulu. Bila sy siap semak nanti sy inform."

"Kalau gitu takpelah Dr. Terima kasih."

Aku cepat-cepat keluar dari bilik Dr Alifi. Pelik. Memang sangat pelik. Kalau bukan Dr Alifi yg hantar email tu kat aku. Siapa pulak yg hantar? Guna email address orang tua tu pulak tu! Sangat pelik!

Adoi! Tiba-tiba bahu aku dilanggar.

"Er sorry. I tak sengaja."

Aku segera menoleh ke arah muka si empunya suara yg meminta maaf.

"It's okay." balasku ringkas. Si empunya suara terus tersenyum.

"Macam mana tadi? Dah ambik dah?"

Macam mana tadi? Dah ambik dah? Apahal pulak mamat ni? "Err..awk cakap apa ye?"

"I mean ur Chapter 5. Dah ambik?"

"What? How did u know about my Chapter 5??"

"Sebab i baca dalam inbox papa i." ujarnya lagi sambil tersengih.

"What??!" aku terus melopong kat situ!

"Hehe..sorry. I x sengaja terbaca. Terkomen sekali." dia masih lagi tersengih-sengih!

Pang! Dengan tak sengaja aku menampar muka mamat tu! Aku taktau kenapa tangan aku boleh naik ke muka dia. Sekelip mata je benda tu jadi. Gila..

Belum sempat dia cakap apa-apa, aku cepat-cepat blah tinggalkan dia kat situ. Gila betul tindakan aku! Berani betul aku tampar anak lecturer eh? Anak penyelia tesis aku sendiri pulak tu! Memang gila! Kalau dia bagitau bapak dia macam mana?? Ah lantak dia lah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku!

....................


Petang tu aku keluar pergi pasar malam dengan Ben. Dah lama tak pergi ke pasar malam fasa 1 tu. Rindu lak nak makan char kuey teow Pulau Mutiara. Ben pulak pantang diajak. Setuju aje dia. Lagi-lagi pasal bab makan macam tu. Memang dia takkan menolak punya. Suasana kat pasar malam tu agak membingitkan telinga. Bising! Orang pun dah mula ramai sebab dah pukul 6 lebih. Selalu aku pergi pukul 5.30pm takde lah ramai sangat.

"Beb..aku tengok muka kau lain macam sikit arini kenapa eh?" Ben tiba-tiba bertanya ketika mata masing-masing tengah melilau mengintai makanan yg ada di gerai-gerai sebelah kiri dan kanan kami.

"Ha? Ye ke..Takde apalah. Aku orait aje."

"Yelah tu. Kau tu kadang-kadang mulut cakap lain. Hati cakap lain.."

"Hisy..pandai-pandai je kau ni."

"Ha..tengok..muka kau dah lain. hehehe. Apsal kau ni beb?"

"Kau ni kan..pandai aje nak psycho aku tau tak. Nyampah ah."

"Hehe..tau takpe."

"Nanti lah aku citer. Skang jom carik kaki ayam goreng dulu. Lapor ni!"

"Baik bos."

Sedang mata aku melilau mencari kedai jual ayam goreng, tiba-tiba aku terpandang satu wajah. Wajah yg aku suka sangat tengok di suatu ketika dulu! Dan di samping yg empunya wajah tu, jelas kelihatan seorang perempuan Cina!

Tak guna..macam mana lah boleh ternampak pulak makhluk dua ekor ni kat sini! Sh*t..

Friday, May 15, 2009

Chapter Sembilan

"Kau ni teruk lah!"

"Aduuuii! Ni apahal tak pasal-pasal cubit aku lak ni?" Ben mengeluh kesakitan bila aku mencubit lengannya.

"Padan muka." kataku sambil menjeling seakan menyampah.

"Awatnya cheq? Tak pasal-pasal lengan aku yg berotot ni lebam kau cubit..Sekuat hati pulak tu. Isy.." Ben masih tidak puas hati.

"Kau tu lah! Yang pergi pandai-pandai bagi nombor aku kat orang tu apahal?" aku menjeling lagi.

"Aik..bila masa pulak aku bagi nombor kau kat orang?" jawab Ben sambil mengerut kening.

"Habis tu..yg semalam member kau si Mukhriz tu sms aku tiba-tiba..celah mana dia dapat nombor aku?"

"Apa dia? Boleh ulang sekali lagi tak ayat cik tadi? Saya kurang dengar la." Ben buat-buat tak faham.

"Heee..aku serius lah!" aku cuba mencubit lengannya sekali lagi namun kali ini dia berjaya mengelak.

"Fuhh...sebaik tak kena. hahaha."

"Heeeeeee dia ni kan! Serius sikit boleh tak? Aku tanya serius ni. Kau ada bagi ke nombor aku kat dia??"

"Aiseyman...marah sungguh nampaknya Cik Siti Khatijah kita arini. Kau kenapa ni beb..PMS ek? Aku tak bagi lah nombor kau kat Mok tu.."

"Habis tu mana dia dapat nombor aku??"

"Alah..kau tu kan glemer..semua orang pun simpan nombor kau. heheheh."

"Otak kau lah!"

"Alalala...gurau jelah. Manalah aku tau sapa yang bagi. Ish dia ni..makin bertambah sensitif lah pulak. Memang sah lah dah berjangkit penyakit sensitif aku. huhuh."

Aku hanya menjeling. Sakit betul hati aku. Sudahlah tengah pening kepala dengan Stephen yang tak habis-habis mengganggu hidup aku. Ben pun nak menyakitkan hati aku jugak!

"Aisey beb..kau marah sungguh ke ni? Aku cakap betul lah..aku tak bagi pun nombor kau kat Mok. Aku sendiri taktau dia sms kau. Dia tak cakap apa-apa pun kat aku.." ujar Ben seakan memujuk.

Aku dapat melihat riak muka Ben berubah. Aku tahu dia risau aku marahkan dia. Namun aku terus diam. Malas nak cakap apa-apa. Ben terus-terusan cuba memujuk..

"Alah..diam pulak dia ni. Jangan lah camni. Kalau kau merajuk dengan aku, siapa nak teman aku lunch kat mapley jap lagi..nak makan roti nan pun tak lalu kang..aku kalau nak makan roti nan kena ada kau depan mata. Baru aku boleh habis 2, 3 keping..heheh"

Aku terus tergelak apabila Ben mula membebel. Ben memang pandai memujuk aku. Kata-katanya sering mencuit hati walaupun hakikatnya aku memang tengah marah. Padahal aku bukannya jenis yang cepat sejuk bila marah. Tapi dengan Ben, aku memang akan cepat sejuk. Dah selalu sangat macam tu. Mungkin kerana Ben seorang yang tidak mudah melenting. Bertentangan dengan aku yang suka sangat melenting tak tentu pasal! Kesimpulannya, aku memang selesa berkawan dengan Ben. Biarlah aku tak ada kawan lain pun kat kampus ni. Asalkan aku ada Ben...

"La...berangan pulak dia ni. Hello cik kak! Apahal tersenyum sorang-sorang pulak tu. Kau ni macam-macam lah. Tadi marah benar. Ni senyum-senyum kambing pulak.."

"Takde apa lah! Jom pi mapley."

Ben terus menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seakan keliru dengan sikap aku.

"Memang sawan minah ni.."

Aku hanya tersenyum.

.....................

Petang itu aku tidak ke library seperti biasa. Tiba-tiba aku aku rasa macam tak ada mood nak duduk di library. Lagipun Bab 5 tesis aku sudahpun kuhantar kepada Dr Alifi petang semalam. Harap-harap kali ni tak ada lah komen macam-macam dari penyelia tesis aku yang agak cerewet tu..Kalau tidak mahu serabut jugak kepala otak aku.

Aku ke padang ragbi dengan Ben petang itu. Saja mengikut Ben menonton orang bermain ragbi. Selalunya aku tak pernah nak ikut kalau Ben mengajak. Sebab aku lebih selesa duduk di library mengadap buku ataupun menyiapkan kerja-kerja berkaitan tesis. Tapi hari ni aku terus setuju tanpa banyak alasan. Tiba-tiba rasa macam mahu mengubah angin. Sambil tu boleh lah jugak merehatkan minda atau mencuci mata. Lagipun menurut Ben, perlawanan petang itu adalah perlawanan persahabatan antara pasukan ragbi UKM dan UPM.

"Syok gak tengok orang main ragbi ni eh?" ujarku sambil memandang ke arah Ben. Secara tidak langsung mengganggu kekusyukan Ben menonton perlawanan ragbi tersebut.

"Tau takpe..tu lah kau. Dari dulu lagi aku ajak tengok. Kau tu aje yang taknak."

Aku hanya tersengih macam kerang busuk.

"Apsal kau tak main? Asyik tengok orang main je. Kau kaki bangku eh??" saja aku menyakat Ben. Memang aku dah sedia maklum bahawa Ben memang gemar akan permainan ragbi cuma aku tak pernah pulak melihat dia bermain permainan tersebut walaupun sekali. Tidak tahulah jika dia pernah bermain tetapi di luar pengetahuan aku. Aku pun bukannya rajin sangat bertanya tentang semua benda tentang dia.

"Banyak lah kau punya kaki bangku..Aku saja je malas main. Kalau aku main kang heboh satu UKM ni. Pastu makin ramai lak awek sangkut kat aku. Jeles lak kau nanti. hahaha."

"Ceh...tak reti main tu cakap jelah tak reti main. Banyak songeh pulak. Pigidah!"

"Yelah..aku tau lah aku ni kaki bangku." jawab Ben perlahan sambil menunjukkan ekpresi muka merajuk.

"Alalala...mula dah sensitif dia tu. ahahahhaha rindu lah nak tengok kau sensitif. Serius rindu!" aku terus tergelak.

"Yelah..dah asyik kau je sensitif melampau akhir-akhir ni. Sampaikan mengalahkan aku pulak. Skang aku nak rampas balik lah takhta aku as the most sensitive person on this planet."

"Aik..sempat lagi tu menyindir. Aku belasah kang.." ujarku sambil menunjuk penumbuk.

"Alah...takat penumbuk kau yang besar bola golf tu..Ni nampak penumbuk aku yg besar bola ragbi ni." jawab Ben sambil menunjuk penumbuknya pula.

Aku terus mencubit lengan Ben sekuat hati. Dia terjerit kecil lalu membebel seperti biasa..

"Kau ni kuat betul lah mencubit. Tangan tu dah macam ketam. Dah naik berbirat dah lengan aku ni kau cubit. Hisy...bakal bini sapalah ni. Malang betul laki tu nanti asyik kena cubit dengan bini brutal macam ni.."

Aku hanya tergelak mendengar bebelan Ben. Sikit pun aku tak ambik hati dengan kata-kata dia. Entah kenapa, aku berasa selesa.


.........................

Malam itu, setelah pulang dari dinner dengan Ben, aku singgah di cyber cafe KTHO sebelum pulang ke hostel. Ben pulak terus pulang ke kolej kerana ada discussion dengan member kolej dia. Jadi, aku ke situ seorang diri. Saja aku singgah ke situ untuk menyemak kalau-kalau ada email yang masuk. Selalunya aku akan menyemak email setiap kali aku ke library. Maklum lah di library memang ada perkhidmatan wireless. Asalkan bawak laptop, bolehlah melayari internet secara percuma. Tetapi disebabkan aku tidak menjejakkan kaki ke library sehari suntuk, aku ke cyber cafe sajalah untuk menyemak email. Mana lah tahu jika ada balasan daripada Dr Alifi berkaitan dengan bab 5 tesis aku. Risau lah jugak jika ada masalah pulak dengan bab 5 tu. Lagipun bukannya kena bayar mahal sangat pun menggunakan internet di cyber cafe tu. RM2 saja untuk satu jam. Berbaloi lah jugak daripada cyber cafe kolej aku yang cekik darah mengenakan bayaran rm3 untuk satu jam!

"Rinnnggg" satu sms masuk. Aku segera menekan button read.

"Salam Jaja."

La..si Mukhriz ni lagi! Aku terus menekan button delete. Malas aku nak melayan. Lagipun aku masih tak puas hati macam mana dia boleh dapat nombor aku. Puas dah bertekak dengan Ben pasal tu. Yang pastinya, bukan Ben yang bagi nombor aku pada dia!

"Sorry saya ambik ur handphone number tanpa kebenaran."

Aku terus terbuntang mata membaca sms kedua tersebut!

"Awak ambik dari mana? Ben bagi ke?" aku segera membalas dengan ayat pancing.

"Bukan. Saya yang curi-curi ambik dari handphone dia. Sorry eh. Jaja marah eh?"

Cis..kurang asam! Tak pasal-pasal je aku tuduh Ben bagai nak rak hari tu! Aku tidak membalas sms tersebut.

Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu sms dari dia..

"Saya just nak berkawan dengan Jaja. Tak salah kan? Tapi kalau Jaja tak sudi takpelah."

Memang aku tak sudi pun! Aku terus memadam sms tersebut. Aku terus membuka email. Kebanyakannya junk mail! Tapi mataku tertumpu pada satu email. Email yang memang aku nanti-nantikan - from alifi@pkrisc.cc.ukm.my !

Aku segera membaca email tersebut..

Re : Chapter 5
From : "Alifi Abdullah" <.alifi@pkrisc.cc.ukm.my.>
To : "Jaja Osman" <.jaja_bling@yahoo.com.>

Untuk chapter 5 ni isi you dah ok. Cuma tolong tunjuk setiap langkah you selesaikan differential equation tu. Ada banyak step you skip. Agak nampak cacat. Meet me at 2.00pm tomorrow. Ambil balik your chapter five dan cuba perbaiki.


Kena repair lagi! Tensionnya aku....

Monday, May 11, 2009

Chapter Lapan

Kepala aku tiba-tiba rasa pening duduk dalam library ni. Rasa macam nak muntah! Dari tadi aku cuba cari ayat best nak goreng bab 5 tesis aku ni. Tapi dari tadi jugak lah aku tak jumpa ayat best tu! Puas aku baca balik apa yang aku taip tapi rasa macam tak cukup bagus. Dah lah bab 4 aritu Dr Alifi komen macam-macam. Tolong ubah itu..tolong tambah ini. Padahal bab yang sebelumnya semuanya okay. Takde komen apa-apa pun. Semuanya bagus katanya. Tapi bab 4 pulak bikin spoil! Puas lah aku bertungkus lumut edit balik bab 4 tu. Repair mana yang tak cukup lengkap. Nasib baik Dr Alifi tak reject untuk kali kedua. Kalau tidak mahu menangis jugak aku!

Ni semua Stephen punya pasal. Stephen dan Sally! Elok sangat lah tu kedua-duanya nama dekat nak sama. Cuma berlainan jantina aje. Tapi sama aje perangai! Yang sorang tak faham bahasa. Yang sorang lagi pulak tak berbudi bahasa! Nak kena bahasa dengan aku agaknya. Tak habis-habis cakap aku ganggu si Stephen tu. Semalam dia call lagi. Dari petang sampai ke malam! Mula-mula aku malas lah nak angkat. Tapi kalau dah tengah malam buta pun handphone aku asyik berdering mana boleh tahan! Bukannya sekali dua aje handphone aku berbunyi. Berpuluh-puluh kali! Semuanya panggilan dari si Sally tu. Geram betul aku! Dahlah aku ni pantang kalau orang kacau aku tengah tidur. Akhirnya aku terpaksa jugak lah angkat! Pastu kena maki free aje.Kurang asam! Hoi amoi! Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nakkan si Stephen tu? Aku tak hingin lah!

Si Ben ni pulak entah kemana. Tadi janji nak datang sini buat tesis dengan aku. Tapi dah dekat sejam tak nampak batang hidung. Tidur ke apa dia ni?

"Woi beb!"

Opocot opah kau! Aha..panjang pun umur mamat ni! Main sergah pulak tu. Nasib baik lah aku takde sakit jantung..Kalau ada, tak pasal-pasal aku mati terkejut sebab dia!

"Ha..datang pun kau. Aku ingat janji tinggal janji tadi." kataku sambil menyindir.

"Janji tinggal janji...fuh macam lagu KRU pulak." jawab Ben selamba.

"Banyak lah kau punya KRU!" kataku sambil menjeling.

"Hehe..relax lah beb..kau punya pasal aku mesti datang punya. Sorry lah aku lambat sikit. Tadi ada member datang bilik." jelas Ben secara ringkas.

"Ah macam-macam lah kau tu. Member datang bilik lah, tertidurlah, itulah inilah.." kataku seakan merungut.

Ben hanya tersenyum mendengar rungutanku. Menampakkan gigi lapis yang membuatkan senyumannya tampak begitu menarik pada pandangan mataku. Mungkin juga menarik pada pandangan mata perempuan lain. Jika tidak, masakan Ben mempunyai ramai peminat. Terutamanya di kalangan junior. Dia saja yang tidak mahu melayan.

Beep..beep! Tiba-tiba handphone Ben berbunyi. Nasib baik perlahan. Kalau tidak dah lama kena sound dengan orang lain dalam library tu sebab tak reti nak silent handphone.

"Yer bai?" jawab Ben seakan berbisik. "Kau naik kat aras 4. Aku ada kat sini dengan member." sambungnya lagi.

"Apahal wei?" tanyaku kepadanya setelah panggilan tersebut dimatikan.

"Member aku yang datang bilik aku tu nak bagi kunci. Aku keluar tadi dia ada lagi kat bilik aku..". Aku hanya mengangguk tanda faham.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki ke arah kami. Kawan kepada Ben yang menelefonnya sebentar tadi. Aku memandang wajah lelaki tersebut dengan dahi sedikit berkerut. Macam pernah kutengok aje dia ni. Tapi di mana eh?

"Beb...ni aku kenalkan member aku, Mok. Nama dia Mukhriz tapi kau panggil Mok aje. Ha Mok..ni lah dia bestfren aku, Jaja yang cun. Yang aku selalu cerita tu. Kau jangan nak lebih-lebih. Aku dah kenalkan pun dah cukup baik." ujar Ben, memperkenalkan kami berdua.

Lelaki tersebut hanya tergelak. Dia kemudiannya memandang ke arahku lalu tersenyum.

"Hai.." ujarnya perlahan.

"Hai jugak." jawabku sambil membalas senyumannya.

"Saya rasa macam pernah jumpa jer Jaja ni. Kalau tak silap, kat rak buku aras 3 aritu. Yang masa saya tertinggal dompet..Kalau tak silap lah.."

Aku mengerut dahi sambil cuba mengingat semula. Lah...padan lah macam pernah nampak..Mamat tinggi yang pijak kaki aku aritu rupanya!

"Err..betul kan? Ingat lagi tak?" dia menambah.

"Aah lah kot. Kecik dunia." aku menjawab ringkas.

"Dah macam jejak kasih pulak dah korang ni. Dah..dah..Mok, kau boleh blah skang. Lain kali sambung jejak kasih. Aku nak buat kerja pulak dengan si Jaja ni."

Lelaki bernama Mukhriz yang dipanggil Mok oleh Ben itu hanya tergelak kecil. Dia kemudiannya berlalu dari situ. Sempat dia mengukir senyuman kepadaku sebelum berlalu. Aku membalas senyumannya sambil menggelengkan kepala.

"Hensem gak Mok tu eh?" saja aku menyakat Ben yang baru mula menghidupkan laptop.

"Aik? Kau berkenan pulak ke? Mentang-mentang lah dah solo. Takkan member aku pun jadi kot." jawab Ben bersahaja.

"Hehe..saja jelah. Tak boleh ke aku cakap camtu?"

"Bukan tak boleh. Tapi cakap tu biar logik sikit. Jejaka depan kau ni barulah hensem namanya. Cuba kau bukak luas sikit bijik mata kau tu.." jawab Ben sambil menunjuk ke arah mukanya sendiri.

"Ceh...hensem lah sangat! Hensem lagi Dr Alifi! heheheh."

Serentak kami tergelak. Agak kuat sehingga menyebabkan berpasang-pasang mata di sekeliling aras 4 itu memandang ke arah kami. Sudahlah sakan berborak dalam library macam berborak kat kafe. Nasib baiklah pelajar-pelajar yang selalu duduk belajar di meja studi di aras 4 tersebut tidak begitu skema seperti yang duduk di aras 3. Kalau di aras 3 kami berborak macam tu, dah lama dah kami kena sound sebab memekak! Terutamanya dengan geng Pak Arab (pelajar master) yang berwajah garang macam bapak tiri!

.............................

Malam itu selepas pulang dari mapley dengan Ben, aku segera menghidupkan laptop dengan tujuan menyambung menyiapkan bab 5 tesisku. Macam-macam idea pulak timbul selepas merujuk kepada buku rujukan yang dipinjamkan oleh Ben kepadaku. Ben memang pandai mencari buku. Setiap buku yang dipinjam oleh Ben pastinya buku yang sangat memberi manfaat. Bukan macam aku yang rajin mencari buku tetapi pilihanku sering tidak begitu tepat. Nasib baik ada kawan yang bijak macam Ben. Walaupun Ben bukanlah seorang yang rajin membaca ataupun duduk terperuk di library berjam-jam seperti aku, dia tetap merupakan seorang pelajar yang sangat bijak. Jika tidak, masakan dia kekal menjadi salah seorang pelajar yang mendapat anugerah dekan setiap sem!

"Ringgg" tiba-tiba handphoneku berbunyi. Menandakan satu sms masuk ke inbox. Tertera sms daripada suatu nombor yang tidak dikenali. Aku menekan button read.

"Salam jaja. Tengah watpe?" ringkas sahaja sms tersebut.

"Sapa ni?" ringkas juga aku membalas.

"Mukhriz."

Erk! Bila masa pulak aku kasi nombor kat mamat ni? Ni mesti Ben yang bagi!

Baru aku ingin menaip sms kepada Ben, tiba-tiba satu lagi sms masuk. Aku melihat nama yang tertera di skrin handphone. Stephen!

"Kate..Please come back to me. I LOVE YOU. I REALLY DO. I sanggup mati kerana you."

Aku tersentak. Tak tau nak kata apa!

Saturday, May 9, 2009

Chapter Tujuh

Amat sukar untuk percaya akan segala perkara yang dah terjadi dalam hidup aku. Semuanya berlaku begitu pantas! Pertama, aku akhirnya mempunyai seorang teman akrab seperti Ben. Kedua, bertemu secara tidak sengaja dengan Stephen dan jatuh cinta. Ketiga, putus cinta secara mengejut dan mengalami gangguan perasaan sehebat ini!

Kalaulah masa boleh diputar, sungguh aku tak ingin bertemu dengan Stephen! Kalau aku tak bertemu dengan dia, hati aku takkan terluka seteruk ini. Takkan ada sakit hati, takkan ada gangguan perasaan. Hidup aku pasti takde gangguan dari sesiapapun. Mesti aku akan gembira hanya berkawan dan menghabiskan sisa-sisa kehidupan di kampus dengan teman sejati macam Ben. Tak mungkin ada gangguan dari orang lain!

Perbualan dengan 'perempuan gila' tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga aku...

"Who is this?" aku bertanya secara baik.

"You know who i am! Stay away from him!" Klik!

What the hell? Tiba-tiba call aku suruh jauhkan diri dari Stephen! Tak pasal-pasal panggil aku b*tch pulak tu. Bodoh punya perempuan. Bila masa pulak lah aku ganggu si Stephen tu. Bukan aku terhegeh-hegeh pergi cari dia! Dia yang selalu datang cari aku!

Dalam kepala aku ni hanya ada satu nama - Sally! Memang tak syak lagi. Siapa lagi kalau bukan dia. Taktau lah kalau Stephen ada perempuan lain selain dia. Memang mencari nahas betul perempuan ni. Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nakkan Stephen tu? Aku tak hingin lah! Sedap mulut aje cakap aku ganggu dia. Padahal kau tu sebenarnya b*tch! Kau tu yang rosakkan hubungan aku dengan dia!

"Hello beb.." panggilan dari Ben mematikan lamunan aku.

"Hello.." ringkas aku menjawab.

"Kau okay ke ni? Kenapa dari semalam kau macam mengelak je dari aku?"

"Mana ada aku mengelak. Aku busy lah." jawabku, cuba berdalih. Memang aku sengaja menjauhkan diri dari Ben sejak semalam. Kepala aku serabut! Aku dah taknak libatkan Ben dalam masalah aku. Aku dah selalu sangatkan susahkan dia.

"Kau toksah nak kelentong aku lah. Ni mesti pasal Stephen kan? Dia kacau kau lagi ke?"

"Eh takdelah. Mana ada.. Aku okay aje ni. Cuma aku busy sikit aje. Sorry lah kalau kau rasa aku macam mengelak dari kau." aku terus berbohong.

"Yelah tu..Kalau kau tak mengelak dari aku, jom teman aku makan. Dah dua hari tak keluar makan sama. Rindu pulak nak makan dengan kau. hehe."

"Cehh...kau tu bukannya rindu nak makan dengan aku. Kau rindu nak aku belanja kau kan??"

"Ha...pandai pun kau. Ingat tak faham-faham tadi! Hahaha"

Aku tergelak mendengar kata-kata Ben. Sengal!


.........................


Sedang aku dan Ben berjalan menghampiri mapley, tiba-tiba tersengar suatu suara memanggil aku..

"Kate.." aku tersentak mendengar suara itu. Serentak aku dan Ben menoleh. Stephen!
"You nak apa lagi ni Steve?" tanyaku perlahan.

"I have something to discuss with you."

"Mana you tau i ada kat sini?"

"I follow you tadi."

Jantungku bagai tersentap mendengar jawapan itu! Sejak bila pulak lah mamat ni pandai jadi stalker?

"Beb..aku masuk dulu la. Aku orderkan kau macam biasa eh?" Ben tiba-tiba mencelah. Aku hanya mengangguk. Ben kemudiannya berlalu memasuki mapley meninggalkan aku dan Stephen yang masih di situ. Aku hanya memandang kelibat Ben berlalu. Pandanganku kemudiannya teralih ke arah Stephen.

"So, you nak discuss apa lagi?" tanyaku ringkas. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa meluatnya aku memandang wajah itu!

"About us. Where do we go from here.." jawabnya perlahan.

"About us? Are you kidding me?? Kan i dah jelaskan aritu. I dah taknak ada apa-apa hubungan lagi dengan you!" kataku tegas.

"Kate, please..give me one more chance. I janji i takkan buat benda tu lagi dengan Sally..or with any other girls. I promise..please?" dia cuba merayu.

"You ni kenapa susah sangat nak faham eh? I'm done with you! Dahlah, I nak pergi makan lah! You pergi baliklah!" aku terus berjalan laju meninggalkan dia di situ.

"Kate...wait!"

Aku tidak menghiraukan panggilan dia. Langsung aku tak menoleh ke arah dia. Dengan harapan dia akan segera pergi dari situ!

Aku segera mendapatkan Ben dan melabuhkan punggung di kerusi makan. Terus aku menyedut milo ais yang dipesan oleh Ben untukku.

"Apahal lagi mamat tu?" Ben bertanya.

"Entah lah dia tu. Tak faham bahasa! Dah aku taknak tu dahlah. Tak habis-habis nak pujuk aku lagi. Pergilah cari betina tu! Pergi lah tido dengan dia!"

"Hah?? Woi beb..apa citer ni?? Apasal aku macam taktau je?" buntang mata Ben mendengar aku merungut.

"Aku saja malas nak citer kat kau.."

"La...apa citer sebenarnya ni? Cuba kau story betul-betul.."

"Dia kata perempuan Cina aritu tu bukan awek dia. Dia keluar dengan perempuan tu sebab seks aje. Kira macam skandal je."

"Bila dia citer kat kau?"

"Aritu masa yang aku keluar dengan dia lepas kita lunch kat bakery tu la. Yang kau tanya aku pergi mana dengan dia tu..Masa tu lah dia citer."

"Dia bawak kau pergi mana masa tu?"

"Dia nak bawak aku jumpa kakak dia kat Shah Alam. Kononnya nak buktikan yang dia betul-betul serius dengan aku. Masa tu jugak lah dia explain everything tentang dia sengan Sally tu.."

"Cis. Macam tu punya jantan pun ada. Habis tu apa kau cakap? Kau pergi lah jumpa akak dia?"

"Tak. Aku suruh dia hantar aku balik hostel balik. Malaslah aku. Dia ingat aku ni apa. Nak bercinta dengan aku, tapi sesukahati je nak tido dengan perempuan tu. Sakit hati aku ni!"

"Biasalah tu beb..dia Cina. Sedangkan jantan Melayu pun banyak yang tak boleh pakai sangat zaman skang ni..apatah lagi yang bukan. Dia tau dia tak dapat dengan kau..dia pergi lah cari perempuan lain untuk tu."

"Hmm..tu lah pasal."

"Sabar jelah beb..tu lah risiko bercinta dengan bangsa asing ni..Dahlah..tak payah fikir lagi. Tabahkan hati tu. Tu lah, sapa suruh kau kapel dengan mamat cina. Kan bagus kalau kapel dengan aku aje. hehehe"

Terus aku tergelak!

"Ha...gelak pun. hehehe. Dahlah tu beb. Tak payah fikir lagilah pasal mamat tu. Bukan mati pun kalau takde dia."

Aku hanya tersenyum. Niat untuk bercerita tentang panggilan dari Sally terhenti tiba-tiba. Betul kata Ben..tak payah fikir dah pasal benda tu..





Wednesday, May 6, 2009

Chapter Enam

Sekejap sangat dah hari Jumaat. Rasa macam masa makin pantas pulak berlalu. Padahal satu minggu masih lagi tujuh hari. Satu hari masih lagi 24 jam! Entahlah..mungkin perasaan aku aje kot. Lagipun tahun ni tahun sibuk bagi aku. Maklum lah dah final year. Sibuk itu wajib!

Aku lunch kat bilik aje hari ni. Tak pergi mapley macam biasa. Setiap hari Jumaat macam ni lah rutin aku. Nak pergi kafe aku memang malas. Lauk tak sedap! Lagipun tekak aku dah terbiasa makan lauk mamak kat mapley tu. Ni semua Ben punya pasal. Hari-hari ajak aku makan situ. Entah apa yang sedapnya roti nan tu entah! Aku rasa biasa aje. Yelah, tekak masing-masing. Selera setiap orang bukannya sama. Nasib baik lah lauk-pauk kat situ sedap. Cuma hari Jumaat aje tak pergi lunch kat situ sebab Ben sibuk bersiap nak pergi solat Jumaat. Jadi dia makan kat kafe kolej dia aje. Aku pulak, memang malas nak makan kat kafe kolej aku ni sebab lauk tak sedap. Tekak aku tak lalu nak telan. Bukan sebab apa..aku ni tang makanan memang memilih sikit. Kalau dah tekak aku rasa tak sedap sekali, gamaknya memang aku takkan pergi makan kat situ dah lah lain kali.

Jadi, demi mengisi perut yang bunyinya dah macam bunyi kompang ni, aku makan ajelah mee maggie. Kalau tak maggie bihun PAMA pun jadi. Dua benda ni jelah yang aku makan setiap hari Jumaat waktu lunch. Kalau nak dikutkan boleh aje aku start skuter pink aku tu pergi makan kat kedai makan area Fasa 1 tu. Tapi aku malas. Bosan keluar sorang-sorang. Pastu makan sorang-sorang kat kedai. Memang lah paling aku tak suka. Paling tidak pun aku akan makan dengan Ben. Takpun dengan Stephen. Tapi sejak dah putus dengan Stephen ni aku selalu makan dengan Ben jelah. Aduhai...dah naik muak pulak aku makan maggie kari ni. Kan best kalau dapat balik rumah. Boleh suruh mak masak apa aku nak makan. Boleh suruh mak masak sambal udang. Makan dengan nasi dan ikan pekasam. Memang sedap! Tapi sayangnya aku tak dapat balik jugak minggu ni. Nak kena siapkan bab 4 tesis aku. Dah janji dengan Dr Alifi nak hantar Selasa depan! Huwaaaaaaaa mak..Ja nak balik!

............................

Petang tu Ben ajak aku tengok orang main ragbi kat padang ragbi sebelah kolej aku. Aku tak pergi pun sebab takde mood. Lagipun aku kena cari bahan rujukan tambahan untuk siapkan Bab 4 tesis aku kat library. Kalau boleh Ahad ni aku nak siapkan terus bab 4 tu. Malaslah nak tangguh-tangguh kerja. Lagipun aku bukannya jenis 'burung hantu'. Aku tak reti nak berjaga sampai lewat malam untuk siapkan kerja-kerja aku. Apatah lagi nak bersengkang mata sampai ke pagi! Memang aku tak pandai. Aku lebih suka siapkan kerja di waktu siang. Kecualilah kalau aku ada kelas pada waktu tu. Memang terpaksalah buat kerja pada waktu malam. Itu pun paling lewat sampai pukul 11.00 aje! Lewat dari tu memang aku tak mampu..Silap haribulan aku tertidur atas meja studi! Mata aku ni manja sikit. Dah terbiasa tidur awal. Tapi bangun pada esoknya takdelah awal pulak. Paling awal pun 6.30 pagi!

Aduh! Tiba-tiba aku terasa kaki kananku dipijak. Aku terjerit kecil. Gila sakit!

"Err sorry! Saya tak sengaja." aku menoleh ke arah suara itu. Mak oi..tinggi gila mamat ni. Tegap pulak tu. Patutlah sakit kaki aku dipijaknya!

"It's okay." kataku lalu mengalihkan semula pandangan ke arah buku-buku yang tersusun di rak tersebut. Tak lama selepas tu mamat tu pun berlalu dari situ.

Sedang aku leka membelek-belek buku rujukan di rak tersebut, tiba-tiba aku terpandang satu dompet kulit berwarna hitam. Betul-betul tepi buku yang baru hendak kucapai. Entah-entah mamat tadi tu yang punya! Aku terus mencapai dompet hitam itu. Aku bukak. Kelihatan kad matriks yang terpapar wajah mamat tadi. Sah memang dia punya! Aku letak semula dompet tersebut di atas rak. Tiba-tiba aku buntu tak tahu nak buat apa. Nak buat-buat tak nampak dan biarkan saja dompet tu kat situ tak baik lah pulak. Karang kalau orang tak bertangungjawab yang jumpa, tak pasal-pasal kena kebas pulak dompet mamat tu. Rasa serba salah jugak aku! Baik aku ambik dompet tu dan bagi kat kaunter. Biar librarian tu announce suruh tuan punya dompet ambik balik dompet dia.

Baru aku nak ambik balik dompet tu, tiba-tiba terasa macam satu kelibat berdiri di sebelah aku. Mamat tadi!

"Do you mind?" dia bersuara lalu terus mencapai dompetnya yang tertinggal di rak buku tersebut. Aku hanya tersenyum lalu berganjak ke tepi sedikit.

"Nasib baik tak hilang. Cuai betul saya." katanya lagi sambil tersenyum padaku.

Huh..tak tanya pun!

"By the way, saya Mukhriz. Syed Mukhriz." katanya sambil tersenyum lagi. Kali ini senyumannya lebih lebar dari tadi. Mak oi sweetnya!

Aku turut membalas dengan senyuman. Sedikit hambar. Tapi tak kisahlah..asalkan aku senyum lah jugak. Aku ni bukanlah sombong sangat..

"Nama awak?" dia bertanya lagi.

Belum sempat aku menjawab, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Agak kuat jugak. Nasib baiklah aku cepat-cepat menekan button silence. Kalau tidak, tak pasal-pasal aku kena sound tak reti nak silent handphone dalam library. Aku bukannya sengaja pun. Aku betul-betul terlupa! Cepat-cepat aku berlalu ke luar dari perkarangan aras 4 tersebut dan menuju ke arah tangga. Secara tidak langsung terpaksa meninggalkan Syed Mukhriz!

Aku melihat ke skrin handphone. Terpapar satu nombor yang tidak dikenali..Aku terus menekan button answer..

"Hello?"

"Stupid b*tch! Stay away from Steve!"

Aku tergamam serta-merta!