Thursday, August 20, 2009

Chapter Tiga Belas

"I don't think i can take this anymore, Steve. You memang dah melampau sangat kali ni. Now tolong pergi dari sini. I taknak tengok muka you lagi. Please go.."

"But Kate.."

"Just go!"

Stephen berlalu pergi dari situ tanpa sebarang kata. Mungkin terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba melenting sebegitu sekali. Kesabaran manusia ada batasnya. Begitu jugak dengan kesabaranku. Aku benar-benar tidak dapat menahan rasa marah kali ini. Stephen memang tidak patut menumbuk Ben sebegitu. Ben tidak bersalah dalam hal ni. Sebagai seorang kawan, dia hanya berniat melindungi aku. Aku dihantui rasa bersalah yang teramat sangat pada Ben. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej malam itu, aku betul-betul rasa tidak sedap hati walaupun menurut Ben, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yg berlaku.

Sedang aku cuba melelapkan mata yang tidak langsung rasa mengantuk, aku mendapat panggilan dari Ben. Pada mulanya ingin kubiarkan saja panggilan tersebut tetapi akhirnya kujawab juga...

"Beb..kenapa belum tido?"

"Entah."

"Kau fikir lagi pasal tadi eh?"

"Yup. Aku rasa serba salah sangat dengan kau..Aku rasa tak sedap hati.."

"Alahai. Relax lah beb..Aku bukannya mati pun. hehe."

"Kau nih...serius kejap boleh tak?"

"Okay..okay sorry. Kau jangan risau lah. Aku okay. Lagipun dia tumbuk tak kuat sangat. Kalau kuat tadi memang nahas lah dia."

"Tapi kenapa kau tak tumbuk dia balik eh?"

"Aku saja malas. Kalau aku tumbuk dia balik, teruk pulak dia aku belasah. hehe."

"Eleh yelah tuh. Aku tau kau tuh bukannya kaki gaduh.."

"Pandai pun. Tapi kalau dia usik kau tadi memang aku belasah la jugak."

"Hmm..Entahlah Ben. Aku sebenarnya tak sangka lak dia akan buat macam tuh. Aku taktau nak buat apa lagi dah. Aku betul-betul buntu.."

"Kau sayang dia lagi?"

Terdiam sejenak aku mendengar soalan itu. Sayang lagikah aku pada jejaka berketurunan Cina itu setelah dia curang dengan aku? Entah, aku sendiri pun taktau!

"Beb..diam aje? Kau tak suka eh aku tanya camtu? Okay lah aku tak tanya dah."

"Bukan. Aku sebenarnya dah mengantuk. Okay lah Ben.. Aku rasa aku nak tido dulu lah.."

"Okay..okay. Aku lupa lak..Skang kan time tido kau. Sleep tight, okay."

"Okay. You too."

Panggilan dimatikan. Aku sebenarnya sedikit pun tidak rasa mengantuk. Cuma aku tidak mahu memanjangkan perbualan yang melibatkan Stephen. Aku malu dengan Ben. Aku malu dengan segala yg telah berlaku. Tipu jika aku katakan bahawa tiada sekelumit pun rasa sedih di hati aku mengenangkan kegagalan cinta pertamaku bersama Stephen. Aku sedih, teramat sedih! Namun apakan daya, aku memang tidak dapat menerima hakikat kecurangan Stephen terhadapku. Sedangkan aku begitu setia, langsung tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari lelaki lain selain dia. Mungkin aku boleh memaafkan perbuatannya, tetapi untuk melupakan, aku memang tidak mampu!


...................................


Petang Jumaat esoknya, aku hanya menghabiskan masa di library, mencari bahan untuk menyambung tesisku. Setelah puas menunggu, akhirnya pagi itu aku mendapat semula bab 5 tesisku yang telah pun siap disemak oleh Dr Alifi. Mujurlah aku hanya perlu membetulkan sedikit kesalahan. Termasuklah melengkapkan langkah persamaan pembezaan yg tidak lengkap. Tiba-tiba saja aku teringatkan anak Dr Alifi, jejaka bermata sepet yg kupanggil Si jamban itu. Sama aje komen bapak dengan anak..

Ben tiada petang itu. Setelah menunaikan solat Jumaat, terus dia bergegas pulang ke Kedah. Katanya dah rindu sangat dengan sawah bendang dan ayam itik! Suka sangat bagi alasan macam tu. Entah-entah balik sebab rindukan buah hati di kampung! Bila aku mengusik tentang itu, katanya aku suka merepek. Hakikatnya, aku semacam merasakan Ben terlampau berahsia denganku. Mustahil dia tidak pernah menyimpan perasaan dengan mana-mana perempuan. Walaupun aku tahu bahawa memang ramai awek junior yg tergila-gilakan dia sejak dulu lagi. Tapi seorang pun dia tak layan. Mungkin jugak dia terlampau memilih. Entahlah, aku pun tak faham perempuan macam mana yg dia suka. Sebab aku sendiri pun tidak pernah bertanya tentang itu.

Suasana di library setiap petang Jumaat memang hambar. Tidak penuh seperti Isnin hingga Khamis. Mungkin kerana ramai yg pulang ke kampung ataupun keluar berjalan. Cuma aku saja yg menjadi pengunjung setia. Macam orang tak pandai bersosial. Tapi memang aku tak berapa pandai bersosial pun. Kalau tak, mesti aku ada ramai kawan. Ini tidak..asyik-asyik dengan Ben. Tak ada orang lain. Kalau dulu, Ben dengan Stephen. Tapi sekarang, dengan Ben saja lah. Adakalanya aku dapat merasakan beberapa pasang mata kerap memandang aku dengan pandangan serong yg jelas menunjukkan bahawa mereka kurang senang denganku. Mungkin mereka menganggap aku sombong, tak mahu bercampur dengan orang. Atau mungkin juga mereka menganggap aku jenis perempuan miang, hanya berkawan dengan lelaki, tak mahu bercampur dengan kawan perempuan! Biarlah apa tanggapan orang. Yg penting aku tahu menjaga maruah diri. Asalkan aku tidak melanggar adab dan hukum. Lebih baik aku macam ni daripada bercampur dengan orang tak tentu arah!

Duduk seorang diri di library macam ni adakalanya mengundang rasa kurang senang jugak. Aku kurang selesa dengan pandangan mata sesetengah Pak Arab yg bagiku memang berwajah miang keladi! Tidak cukup mengenyit mata, ada jugak yg berani datang dekat dan menjual minyak urat. Yang lelaki melayu pun sama jugak. Orang tengah cari buku, dia sibuk nak berkenalan. Nampak sangat pergi library bukan nak study, tapi nak mengurat! Tapi semua pun aku tak layan. Malas aku.. Tujuan aku pergi library bukannya nak berkenalan, tapi nak cari bahan tesis. Akhirnya lelaki-lelaki macam ni termalu sendiri, walaupun ada jugak yg kata aku berlagak tak tentu pasal, macam lah cun sangat. Lantak korang lah, bukan aku rugi apa-apa pun!


......................................

Pulang dari library petang itu, aku singgah ke kafe Kolej Ungku Omar untuk 'tapau' nasi campur. Malas pulak nak makan kat luar sebab Ben tak ada. Kalau Ben ada, macam biasa lah, kami akan pergi makan di mapley dalam Warta tu. Tak pun kat kedai makan area Fasa 1 dekat Shell, ataupun kat Bistro area Petronas. Tiga tempat ni sajalah yg kami biasa pergi. Lagipun, Ben memang cerewet sikit tentang makanan.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yg macam aku kenal. Aku pun menoleh..

Mukhriz!

"Err walaikumussalam."

"Jaja sorang aje ke? Ben mana?"

"Ben balik kampung minggu nih." Aku menjawab ringkas, sambil mengisi lauk ke atas nasi dalam bekas polestrin. Aik? Takkan dia taktau?

"Oh yeke...dia tak cakap pulak dengan sy." Patutlah pun!

Aku hanya senyum.

"Jaja first time beli makanan kat sini eh? Tak pernah nampak pun. Sy selalu makan kat sini petang-petang camni." dia masih ingin berbual.

"Aah." jawabku ringkas sambil tersenyum. Kemudian aku segera meminta diri untuk membayar di kaunter. Dia hanya mengangguk dan membalas senyumanku.

Selepas membayar di kaunter, aku segera keluar dari kafe itu, tanpa langsung memandang Mukhriz yg masih berada di situ. Sorry lah Encik Mukhriz oi..tak reti aku nak beramah mesra dengan kau. Lainlah kalau Ben ada..

Sebaik saja aku ingin menghidupkan skuter, handphoneku tiba-tiba berbunyi. Satu sms masuk...dari nombor yg tidak dikenali. Aku sempat membaca sms tersebut...

Take care, Snow White. Jumpa lagi next time.

Snow White? Siapa pulak yg panggil aku Snow White? Mungkinkah dari Muhkriz? Lantaklah. Yg penting aku nak cepat-cepat sampai ke hostel!

..............................................

Esoknya aku ke Mid valley sorang diri. Dah lama tak jalan-jalan sambil window shopping kat sana. Kalau dulu tu selalu lah jugak pergi dengan Stephen. Jalan-jalan, shopping ataupun tengok movie kat GSC...tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan. Ada jugak sekali dua pergi dengan Ben. Itu pun setelah puas diajak. Ben bukannya suka pergi ke tempat macam tu. Melainkan ada tujuan. Kalau semata-mata untuk window shopping saja, jangan harap lah dia nak ikut. Katanya lebih baik pergi Warta. Kelakar jugak bila dikenangkan.

Aku ke Mid valley menaiki tren komuter. Mujurlah ada stesyen komuter UKM. Kalau tidak, memang payah jugak nak ke tempat-tempat macam Mid Valley tu. Nak harapkan aku bawak sendiri skuter pink aku tu ke tempat macam tu, memang tak mungkin lah. Aku bukannya tahu jalan sangat. Kalau setakat area Bangi saja boleh lah sebab dah biasa. Tapi kalau nak bawak pergi jauh sikit, selalunya aku akan bergantung kepada Ben sebab Ben saja yg tahu selok-belok jalan.

Sebaik saja mendapatkan tiket perjalanan dua hala, aku segera menunggu tren. Keadaan di stesyen komuter agak sesak disebabkan memang ramai orang menunggu tren yg menuju ke Rawang/Pelabuhan Klang yg rata-ratanya student UKM macam aku. Maklumlah hari Sabtu. Memang hari untuk kami keluar berjalan, berdating mahupun pulang ke rumah atau ke kampung. Aku terpaksa berdiri di kawasan tepi landasan disebabkan orang terlalu ramai dan tiada lagi tempat duduk yg kosong.

"Cik Khatijah?" tiba-tiba suatu suara menegur. Macam suara si...

Aku segera menoleh. Si Jamban! Aku dah agak..

"Hey...tak sangka jumpa you kat sini kan?"

Aku sekadar membalas dengan senyuman dengan harapan agar dia mengerti bahawa aku tidak berminat untuk berbual dengannya. Tetapi nampaknya harapanku hanya tinggal harapan...

"If you don't mind me asking...you nak kemana? Sorang aje ke?"

Dah nampak aku sorang-sorang tuh mestilah aku sorang aje! Takkan berdua kot! Apalah punya soalan..

"Yer sorang."

"Nak kemana?"

"Rawang." jawabku menipu. Mintak-mintaklah mamat nih turun sebelum aku. Kalau tak kantoilah pulak!

"I see..jauh tu Rawang. Pergi sorang pulak tu. Boyfriend you tak temankan pulak?"

"Dia balik kampung."

"Oh patutlah. Hehe.. Kebetulan lah pulak jumpa you kat sini eh. I pun sorang jugak nih. "

Sumpah aku tak tanya!

Tidak lama selepas itu, tren sampai. Aku segera memboloskan diri ke dalam tren bersama-sama penumpang lain. Termasuklah Si Jamban! Satu gerabak lah pulak. Mintak-mintaklah dia turun sebelum aku. Kalau tak memang sah-sahlah kantoi aku turun kat Mid Valley!

Lelaki bermata sepet bernama Alfian yg sering kupanggil Si Jamban itu berdiri tidak begitu jauh dariku di dalam tren. Namun begitu, keadaan tren yg agak penuh dan padat menjadi penghalang untuk kami menyambung perbualan tadi. Aku menarik nafas lega. Bersyukur kerana tidak perlu lagi meneruskan perbualan dengan lelaki itu. Harapanku semoga dia akan turun di stesyen sebelum stesyen Mid valley! I wish!

Namun begitu, harapanku semakin tipis pabila kulihat lelaki itu masih lagi berada di dalam tren selepas melepasi stesyen Bandar Tasik Selatan. Harapan sekali lagi tinggal harapan pabila dia masih lagi berada di dalam tren itu selepas melepasi stesyen Seputeh!

Aduhai...memang terang-teranglah aku akan kantoi! Tapi lantak lah dia nak cakap apa pun. Peduli apa..

Apabila tren berhenti di stesyen Mid valley, aku segera keluar dari tren tanpa sedikit pun memandang ke arah Si Jamban!

"Hey...kejap"

Ya Allah! Dia pun turun sini jugak ke??? Giler!

"Tadi you kata nak ke Rawang. Tapi turun kat sini pulak? You tipu i ye.."

"Ha'ah." Selamba aku menjawab dan kemudian terus segera berjalan memanjat tangga.

"Hey kejaplah."

Hisy...apa lagilah mamat nih nak?

"You nak apa?"

"Nothing. Saja nak jalan sama. Tak boleh?"

"Okay, jalanlah."

"Lah..bukanlah nak jalan aje. Jalan sambil berbual lah..hehe."

Gelak..gelak..apa yg kelakar ntah!

"I taknak berbual dengan you lah. I nak cepat ni!"

"Nak cepat ke mana?"

"None of your business!"

"Isk..relax lah. Bukan nak pergi jumpa boyfriend pun kan?"

Aku tidak menjawab. Malas ingin melayan kerenah lelaki itu! Segera aku mempercepatkan langkah.

"You marah ye? Okay..okay..sorry. "

"Look, encik. I tak ada masa nak layan you sekarang or at any other time okay? So, tolong jangan ganggu i. Mind your own business lah!" ujarku, tegas.

"Okay..okay..i tak ganggu you. Tapi I just nak tanya satu soalan aje."

"What??"

"Salah ke kalau i nak kawan dengan you?"

Aku terus kehilangan kata-kata! Memang tidak salah dia ingin berkawan denganku. Lagipun aku sudahpun memaafkan perbuatannya membaca bab lima tesisku secara curi tempoh hari. Bukan sekadar memberi kemaafan, tetapi jugak sebuah penampar! Sepatutnya aku jugak turut memohon maaf tentang itu..

"Napa you tak jawab? Salah ke i nak kawan dengan you?"

"Tak." Tiba-tiba terkeluar perkataan itu tanpa aku sedar.

"So?"

"So apa?" aku tiba-tiba jadi blur!

"So boleh i temankan you, if you don't mind? I sebenarnya datang sini pun saja-saja takde tujuan spesifik."

"Okay..." Aku jadi semakin blur!

Hari ini dalam sejarah. Petang itu, aktiviti window shoppingku ditemani oleh orang yg memang tidak pernah kujangka - Si Jamban!



6 comments:

  1. berkarya pada pukul 3pg..tabik spring la...
    toi toi toi....
    xsekolah cikgu ekk!!!
    hehehhe....
    so, nice 'jamban' la...

    ReplyDelete
  2. er ekceli diedit pd pukul 3 .00am tuh. yg ke 13 nih da dibuat separuh since 10 ogos aritu. hueheheheh :p

    mekasey are long sudi baca citer yg x seberapa nih. :)

    ReplyDelete
  3. nods,
    rekaan semata2 jek dik oi. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ehm beshh beshh...
    baru baca separuh jer chapter 13 nih...
    nanti sambung k... bz plak

    ReplyDelete
  5. hahaha da abaca abis dah...
    jamban pun jamban lah janji rock...
    ... PEACE...

    ReplyDelete