Thursday, August 20, 2009

Chapter Tiga Belas

"I don't think i can take this anymore, Steve. You memang dah melampau sangat kali ni. Now tolong pergi dari sini. I taknak tengok muka you lagi. Please go.."

"But Kate.."

"Just go!"

Stephen berlalu pergi dari situ tanpa sebarang kata. Mungkin terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba melenting sebegitu sekali. Kesabaran manusia ada batasnya. Begitu jugak dengan kesabaranku. Aku benar-benar tidak dapat menahan rasa marah kali ini. Stephen memang tidak patut menumbuk Ben sebegitu. Ben tidak bersalah dalam hal ni. Sebagai seorang kawan, dia hanya berniat melindungi aku. Aku dihantui rasa bersalah yang teramat sangat pada Ben. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej malam itu, aku betul-betul rasa tidak sedap hati walaupun menurut Ben, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yg berlaku.

Sedang aku cuba melelapkan mata yang tidak langsung rasa mengantuk, aku mendapat panggilan dari Ben. Pada mulanya ingin kubiarkan saja panggilan tersebut tetapi akhirnya kujawab juga...

"Beb..kenapa belum tido?"

"Entah."

"Kau fikir lagi pasal tadi eh?"

"Yup. Aku rasa serba salah sangat dengan kau..Aku rasa tak sedap hati.."

"Alahai. Relax lah beb..Aku bukannya mati pun. hehe."

"Kau nih...serius kejap boleh tak?"

"Okay..okay sorry. Kau jangan risau lah. Aku okay. Lagipun dia tumbuk tak kuat sangat. Kalau kuat tadi memang nahas lah dia."

"Tapi kenapa kau tak tumbuk dia balik eh?"

"Aku saja malas. Kalau aku tumbuk dia balik, teruk pulak dia aku belasah. hehe."

"Eleh yelah tuh. Aku tau kau tuh bukannya kaki gaduh.."

"Pandai pun. Tapi kalau dia usik kau tadi memang aku belasah la jugak."

"Hmm..Entahlah Ben. Aku sebenarnya tak sangka lak dia akan buat macam tuh. Aku taktau nak buat apa lagi dah. Aku betul-betul buntu.."

"Kau sayang dia lagi?"

Terdiam sejenak aku mendengar soalan itu. Sayang lagikah aku pada jejaka berketurunan Cina itu setelah dia curang dengan aku? Entah, aku sendiri pun taktau!

"Beb..diam aje? Kau tak suka eh aku tanya camtu? Okay lah aku tak tanya dah."

"Bukan. Aku sebenarnya dah mengantuk. Okay lah Ben.. Aku rasa aku nak tido dulu lah.."

"Okay..okay. Aku lupa lak..Skang kan time tido kau. Sleep tight, okay."

"Okay. You too."

Panggilan dimatikan. Aku sebenarnya sedikit pun tidak rasa mengantuk. Cuma aku tidak mahu memanjangkan perbualan yang melibatkan Stephen. Aku malu dengan Ben. Aku malu dengan segala yg telah berlaku. Tipu jika aku katakan bahawa tiada sekelumit pun rasa sedih di hati aku mengenangkan kegagalan cinta pertamaku bersama Stephen. Aku sedih, teramat sedih! Namun apakan daya, aku memang tidak dapat menerima hakikat kecurangan Stephen terhadapku. Sedangkan aku begitu setia, langsung tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari lelaki lain selain dia. Mungkin aku boleh memaafkan perbuatannya, tetapi untuk melupakan, aku memang tidak mampu!


...................................


Petang Jumaat esoknya, aku hanya menghabiskan masa di library, mencari bahan untuk menyambung tesisku. Setelah puas menunggu, akhirnya pagi itu aku mendapat semula bab 5 tesisku yang telah pun siap disemak oleh Dr Alifi. Mujurlah aku hanya perlu membetulkan sedikit kesalahan. Termasuklah melengkapkan langkah persamaan pembezaan yg tidak lengkap. Tiba-tiba saja aku teringatkan anak Dr Alifi, jejaka bermata sepet yg kupanggil Si jamban itu. Sama aje komen bapak dengan anak..

Ben tiada petang itu. Setelah menunaikan solat Jumaat, terus dia bergegas pulang ke Kedah. Katanya dah rindu sangat dengan sawah bendang dan ayam itik! Suka sangat bagi alasan macam tu. Entah-entah balik sebab rindukan buah hati di kampung! Bila aku mengusik tentang itu, katanya aku suka merepek. Hakikatnya, aku semacam merasakan Ben terlampau berahsia denganku. Mustahil dia tidak pernah menyimpan perasaan dengan mana-mana perempuan. Walaupun aku tahu bahawa memang ramai awek junior yg tergila-gilakan dia sejak dulu lagi. Tapi seorang pun dia tak layan. Mungkin jugak dia terlampau memilih. Entahlah, aku pun tak faham perempuan macam mana yg dia suka. Sebab aku sendiri pun tidak pernah bertanya tentang itu.

Suasana di library setiap petang Jumaat memang hambar. Tidak penuh seperti Isnin hingga Khamis. Mungkin kerana ramai yg pulang ke kampung ataupun keluar berjalan. Cuma aku saja yg menjadi pengunjung setia. Macam orang tak pandai bersosial. Tapi memang aku tak berapa pandai bersosial pun. Kalau tak, mesti aku ada ramai kawan. Ini tidak..asyik-asyik dengan Ben. Tak ada orang lain. Kalau dulu, Ben dengan Stephen. Tapi sekarang, dengan Ben saja lah. Adakalanya aku dapat merasakan beberapa pasang mata kerap memandang aku dengan pandangan serong yg jelas menunjukkan bahawa mereka kurang senang denganku. Mungkin mereka menganggap aku sombong, tak mahu bercampur dengan orang. Atau mungkin juga mereka menganggap aku jenis perempuan miang, hanya berkawan dengan lelaki, tak mahu bercampur dengan kawan perempuan! Biarlah apa tanggapan orang. Yg penting aku tahu menjaga maruah diri. Asalkan aku tidak melanggar adab dan hukum. Lebih baik aku macam ni daripada bercampur dengan orang tak tentu arah!

Duduk seorang diri di library macam ni adakalanya mengundang rasa kurang senang jugak. Aku kurang selesa dengan pandangan mata sesetengah Pak Arab yg bagiku memang berwajah miang keladi! Tidak cukup mengenyit mata, ada jugak yg berani datang dekat dan menjual minyak urat. Yang lelaki melayu pun sama jugak. Orang tengah cari buku, dia sibuk nak berkenalan. Nampak sangat pergi library bukan nak study, tapi nak mengurat! Tapi semua pun aku tak layan. Malas aku.. Tujuan aku pergi library bukannya nak berkenalan, tapi nak cari bahan tesis. Akhirnya lelaki-lelaki macam ni termalu sendiri, walaupun ada jugak yg kata aku berlagak tak tentu pasal, macam lah cun sangat. Lantak korang lah, bukan aku rugi apa-apa pun!


......................................

Pulang dari library petang itu, aku singgah ke kafe Kolej Ungku Omar untuk 'tapau' nasi campur. Malas pulak nak makan kat luar sebab Ben tak ada. Kalau Ben ada, macam biasa lah, kami akan pergi makan di mapley dalam Warta tu. Tak pun kat kedai makan area Fasa 1 dekat Shell, ataupun kat Bistro area Petronas. Tiga tempat ni sajalah yg kami biasa pergi. Lagipun, Ben memang cerewet sikit tentang makanan.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yg macam aku kenal. Aku pun menoleh..

Mukhriz!

"Err walaikumussalam."

"Jaja sorang aje ke? Ben mana?"

"Ben balik kampung minggu nih." Aku menjawab ringkas, sambil mengisi lauk ke atas nasi dalam bekas polestrin. Aik? Takkan dia taktau?

"Oh yeke...dia tak cakap pulak dengan sy." Patutlah pun!

Aku hanya senyum.

"Jaja first time beli makanan kat sini eh? Tak pernah nampak pun. Sy selalu makan kat sini petang-petang camni." dia masih ingin berbual.

"Aah." jawabku ringkas sambil tersenyum. Kemudian aku segera meminta diri untuk membayar di kaunter. Dia hanya mengangguk dan membalas senyumanku.

Selepas membayar di kaunter, aku segera keluar dari kafe itu, tanpa langsung memandang Mukhriz yg masih berada di situ. Sorry lah Encik Mukhriz oi..tak reti aku nak beramah mesra dengan kau. Lainlah kalau Ben ada..

Sebaik saja aku ingin menghidupkan skuter, handphoneku tiba-tiba berbunyi. Satu sms masuk...dari nombor yg tidak dikenali. Aku sempat membaca sms tersebut...

Take care, Snow White. Jumpa lagi next time.

Snow White? Siapa pulak yg panggil aku Snow White? Mungkinkah dari Muhkriz? Lantaklah. Yg penting aku nak cepat-cepat sampai ke hostel!

..............................................

Esoknya aku ke Mid valley sorang diri. Dah lama tak jalan-jalan sambil window shopping kat sana. Kalau dulu tu selalu lah jugak pergi dengan Stephen. Jalan-jalan, shopping ataupun tengok movie kat GSC...tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan. Ada jugak sekali dua pergi dengan Ben. Itu pun setelah puas diajak. Ben bukannya suka pergi ke tempat macam tu. Melainkan ada tujuan. Kalau semata-mata untuk window shopping saja, jangan harap lah dia nak ikut. Katanya lebih baik pergi Warta. Kelakar jugak bila dikenangkan.

Aku ke Mid valley menaiki tren komuter. Mujurlah ada stesyen komuter UKM. Kalau tidak, memang payah jugak nak ke tempat-tempat macam Mid Valley tu. Nak harapkan aku bawak sendiri skuter pink aku tu ke tempat macam tu, memang tak mungkin lah. Aku bukannya tahu jalan sangat. Kalau setakat area Bangi saja boleh lah sebab dah biasa. Tapi kalau nak bawak pergi jauh sikit, selalunya aku akan bergantung kepada Ben sebab Ben saja yg tahu selok-belok jalan.

Sebaik saja mendapatkan tiket perjalanan dua hala, aku segera menunggu tren. Keadaan di stesyen komuter agak sesak disebabkan memang ramai orang menunggu tren yg menuju ke Rawang/Pelabuhan Klang yg rata-ratanya student UKM macam aku. Maklumlah hari Sabtu. Memang hari untuk kami keluar berjalan, berdating mahupun pulang ke rumah atau ke kampung. Aku terpaksa berdiri di kawasan tepi landasan disebabkan orang terlalu ramai dan tiada lagi tempat duduk yg kosong.

"Cik Khatijah?" tiba-tiba suatu suara menegur. Macam suara si...

Aku segera menoleh. Si Jamban! Aku dah agak..

"Hey...tak sangka jumpa you kat sini kan?"

Aku sekadar membalas dengan senyuman dengan harapan agar dia mengerti bahawa aku tidak berminat untuk berbual dengannya. Tetapi nampaknya harapanku hanya tinggal harapan...

"If you don't mind me asking...you nak kemana? Sorang aje ke?"

Dah nampak aku sorang-sorang tuh mestilah aku sorang aje! Takkan berdua kot! Apalah punya soalan..

"Yer sorang."

"Nak kemana?"

"Rawang." jawabku menipu. Mintak-mintaklah mamat nih turun sebelum aku. Kalau tak kantoilah pulak!

"I see..jauh tu Rawang. Pergi sorang pulak tu. Boyfriend you tak temankan pulak?"

"Dia balik kampung."

"Oh patutlah. Hehe.. Kebetulan lah pulak jumpa you kat sini eh. I pun sorang jugak nih. "

Sumpah aku tak tanya!

Tidak lama selepas itu, tren sampai. Aku segera memboloskan diri ke dalam tren bersama-sama penumpang lain. Termasuklah Si Jamban! Satu gerabak lah pulak. Mintak-mintaklah dia turun sebelum aku. Kalau tak memang sah-sahlah kantoi aku turun kat Mid Valley!

Lelaki bermata sepet bernama Alfian yg sering kupanggil Si Jamban itu berdiri tidak begitu jauh dariku di dalam tren. Namun begitu, keadaan tren yg agak penuh dan padat menjadi penghalang untuk kami menyambung perbualan tadi. Aku menarik nafas lega. Bersyukur kerana tidak perlu lagi meneruskan perbualan dengan lelaki itu. Harapanku semoga dia akan turun di stesyen sebelum stesyen Mid valley! I wish!

Namun begitu, harapanku semakin tipis pabila kulihat lelaki itu masih lagi berada di dalam tren selepas melepasi stesyen Bandar Tasik Selatan. Harapan sekali lagi tinggal harapan pabila dia masih lagi berada di dalam tren itu selepas melepasi stesyen Seputeh!

Aduhai...memang terang-teranglah aku akan kantoi! Tapi lantak lah dia nak cakap apa pun. Peduli apa..

Apabila tren berhenti di stesyen Mid valley, aku segera keluar dari tren tanpa sedikit pun memandang ke arah Si Jamban!

"Hey...kejap"

Ya Allah! Dia pun turun sini jugak ke??? Giler!

"Tadi you kata nak ke Rawang. Tapi turun kat sini pulak? You tipu i ye.."

"Ha'ah." Selamba aku menjawab dan kemudian terus segera berjalan memanjat tangga.

"Hey kejaplah."

Hisy...apa lagilah mamat nih nak?

"You nak apa?"

"Nothing. Saja nak jalan sama. Tak boleh?"

"Okay, jalanlah."

"Lah..bukanlah nak jalan aje. Jalan sambil berbual lah..hehe."

Gelak..gelak..apa yg kelakar ntah!

"I taknak berbual dengan you lah. I nak cepat ni!"

"Nak cepat ke mana?"

"None of your business!"

"Isk..relax lah. Bukan nak pergi jumpa boyfriend pun kan?"

Aku tidak menjawab. Malas ingin melayan kerenah lelaki itu! Segera aku mempercepatkan langkah.

"You marah ye? Okay..okay..sorry. "

"Look, encik. I tak ada masa nak layan you sekarang or at any other time okay? So, tolong jangan ganggu i. Mind your own business lah!" ujarku, tegas.

"Okay..okay..i tak ganggu you. Tapi I just nak tanya satu soalan aje."

"What??"

"Salah ke kalau i nak kawan dengan you?"

Aku terus kehilangan kata-kata! Memang tidak salah dia ingin berkawan denganku. Lagipun aku sudahpun memaafkan perbuatannya membaca bab lima tesisku secara curi tempoh hari. Bukan sekadar memberi kemaafan, tetapi jugak sebuah penampar! Sepatutnya aku jugak turut memohon maaf tentang itu..

"Napa you tak jawab? Salah ke i nak kawan dengan you?"

"Tak." Tiba-tiba terkeluar perkataan itu tanpa aku sedar.

"So?"

"So apa?" aku tiba-tiba jadi blur!

"So boleh i temankan you, if you don't mind? I sebenarnya datang sini pun saja-saja takde tujuan spesifik."

"Okay..." Aku jadi semakin blur!

Hari ini dalam sejarah. Petang itu, aktiviti window shoppingku ditemani oleh orang yg memang tidak pernah kujangka - Si Jamban!



Saturday, August 1, 2009

Chapter Dua Belas

Setiap kali terkenangkan panggilan telefon yg aku terima malam tadi, aku jadi serba salah. Aku sendiri tak menjangka yang aku boleh sekasar itu..

"You nak apa call i?"

"Ui garangnya...Jangan lah garang sangat Cik Khatijah. I call nak mintak maaf pasal i baca chapter 5 tesis you aritu.."

"Okay, apology accepted. Bye!"

"Ehh..nantilah kejap.."

"Nak apa plak lagi??"

"Nak you..hehe gurau..gurau."

"Banyak lah punya gurau! I nak tidur dah ni. Apa lagi you nak cakap??"

"Lah..awalnya nak tidur. Relaxlah..belum tengah malam lagi pun.. Baru nak ajak sembang kejap."

"Kalau dah mata mengantuk, takkan nak tunggu tengah malam baru boleh tidur? Sorrylah, i takde masa lah nak sembang dengan stranger!"

"Tapi i bukan stranger kan?"

"Yes, you are. I tak kenal you so you are a stranger to me. So, okay lah stranger, i nak tidur! Good night!"

"Wait.."

"Apa lagi??"

"Esok i datang UKM..boleh jumpa you tak?"

"Lerr...nak jumpa apasal pulak!"

"Saja..boleh jugak i belanja you minum ke apa. Lagipun i still rasa bersalah pasal tesis you tu.."

"Thanks, but no thanks!"

"Please..i still tak sedap hati ni.."

"Eh encik..i told you apology accepted kan? So that's enough lah!"

"Ish..ish..memang betullah garang cik khatijah ni..By the way, my name is not 'encik' lah. My name is Alfian..hehe.."

"So?? Ada i kisah ke?! Nama you Alfian ke, jamban ke..lantak you lah!!"

Terus aku matikan panggilan tanpa sempat mamat tu menjawab! Aduhai..serba salah betul aku rasa. Padahal dia berniat baik nak mintak maaf. Mesti dia fikir aku ni perempuan brutal. Tapi lantaklah dia..Siapa suruh loyar buruk sangat!

Kuliah Dr hafiz pagi ni punyalah boring gila. Entah apa yang dibebelnya kat depan tu. Menyesal pulak aku ambiksubjek Real Analysis ni waktu sem akhir macam ni. Dulu awal-awal taknak ambik. Nasib baik lah Ben sanggup temankan aku ambik waktu sem akhir ni. Kalau tak, mahu aku melopong sorang-sorang..Sebut pasal Ben, takde pulak nampak kelibat dia pagi ni. Ponteng lagilah tu. Takpun tidur tak ingat dunia sampai terlajak! Tapi logiklah pun dia ponteng. Kuliah pagi ni memang boring gila..Tengok jam, ada lagi half an hour. Tapi sepatah haram pun aku tak faham. Huwaaaa kenapalah si Ben ni ponteng hari ni!


.....................

"Hola seniorita!" sedang enak aku mengunyah sandwich tuna kat kiyos Pusanika tu, Ben tiba-tiba muncul. Tersenyum-senyum macam kambing!

"Uik..mana kau tau aku kat sini?"

"Biasalah..aku kan cucu cicit nujum pak belalang."

"Ceh..mana kau pergi tadi, hah? Boring aku sorang-sorang dalam kuliah tau tak! Dahlah lecture Dr Hafiz bosan gila!"

"Hehe..aku tak sedar lah. Lepas Subuh tadi aku tertidur balik! Sedar-sedar dah pukul 9.00. Tak sempat!" jawab Ben selamba.

"Eleh...tertidur konon. Saja tidurlah tu! Macam lah aku taktau kau tu.."

"Hehehe..so belajar apa hari ni?"

"Err...entah!" aku pulak selamba menjawab. Macam takde perasaan.

"Ya salam pompuan ni...kau berangan ke apa??"

"Banyaklah kau.."

"Ha...dah cuak..Beranganlah tu!"

Pantas aku mencubit lengan Ben selepas itu. Ben hanya ketawa sambil menggeleng kepala. Hendak saja aku menceritakan panggilan dari anak Dr Alifi malam tadi tapi tak jadi. Biarlah. Malas aku nak ingat.

"Ha tengok tu berangan lagi. Tiba-tiba muka masam apahal?"

"Errr..mana ada! Pergilah order minum."

"Baik bos! Kau belanja kan?"

"Yelah."

Aku hanya memandang Ben berjalan menuju ke kaunter. Lega rasanya bila ada Ben bersama aku. Sejak kenal dengan Ben, aku jadi tak biasa bila berseorangan. Padahal sejak sekolah lagi aku dah biasa seorang. Aku memang dikenali sebagai lone ranger. Semua kawan-kawan sekolah pun sedia maklum. Aku tak ada kawan rapat. Ben adalah orang pertama yang aku anggap kawan rapat aku. Selepas Ben, datang pulak Stephen..Tapi bezanya, perkenalan dengan Stephen membuahkan rasa cinta. Perasaan yang buat pertama kalinya wujud dalam diri aku bila aku kenal dia. Bukannya tak ada lelaki yang sukakan aku masa sekolah dulu. Cuma aku yang tak berminat. Tetapi bila kenal Stephen, perasaan tu tiba-tiba muncul tanpa aku duga. Tapi kini semuanya sudah tinggal kenangan..

"Oi cik kak! Sudah-sudahlah berangan tu. Shahrukh khan taknak der kat kau. hehe.." suara Ben terus mematikan lamunan.

"Eleh..macam lah Pretty Zinta nak kat kau!"

"Aha..tulah kau taktau..Aku kalau pergi Bollywood tu, bukan Pretty Zinta je tergilakan aku, dengan mak dia sekali tergilakan aku tau. hahaha"

Aku turut ketawa. Ben memang pandai menghiburkan hati. Walau macam mana sedih pun aku rasa, aku tetap akan terhibur dengan telatah Ben.

"Oh yer beb..kau punya bab 5 apa cer? Dr Alifi ada contact?"

Mendengar nama Dr Alifi, serta merta aku teringatkan anak dia si jamban..er Alfian tu!

"Entahlah. Takde pulak lagi.. Dia busy sangat kot.."

"Yelah tu kot..takpelah. At least boleh relax dulu. Lagipun kau advance sangat dah. Aku baru bab 3 kau dah bab 5 tu.."

"Alah..kau punya tajuk susah..biasalah tu."

"Tulah pasal..aku pun dah kering idea dah ni. Nyesal pulak aku offer diri nak buat pasal Quantum Mechanics tu. Kau tau jelah Datin Aida tu..cerewet bukan main."

"Sapa suruh kau pergi offer diri. Napa tak bagi je tajuk tu kat Cheok tu? Dia kan under Datin Aida gak?"

"Entahlah. Kata Datin, si Cheok tu lebih kepada pure math.. So Datin suruh dia buat berkaitan Algebra or Teori geometri. Aku lebih kepada Applied math. Tu yg aku kena jugak buat pasal Quantum.."

"Takpe...kau tu bijak. Lambat-lambat pun result kau power jugak. hehe."

"Alah kau tu pun boleh..Yg penting kita bersungguh."

Itulah Ben yg aku kenal. Seorang yang bijak tapi tak pernah menyombong dan meninggi diri. Ben jugak bergaya sempoi, tak terlalu bergaya, tak jugak selekeh. Kata orang, sedaplah mata memandang. Tak macam sesetengah lelaki yang bergaya terlampau over macam kan dia sorang saja yang hensem dalam dunia. Tak kurang juga yang terlampau selekeh dan tak pandai menjaga kebersihan diri sampaikan orang tutup tutup hidung bila berjalan di tepi dia. Sudah lah begitu, ada hati pulak nak mengurat perempuan. Macam-macam ragam...

.....................

Petang itu, sekali lagi aku mengikut Ben ke padang tepi kolej untuk menonton orang bermain ragbi. Memandangkan aku tak ada kerja untuk dibuat petang itu, aku terus menyuarakan hasrat untuk mengikut Ben. Nak repair Bab 5 tesis, aku belum mendapat apa-apa kabar dari Dr Alifi. So, lebih baik aku mengikut Ben menonton orang bermain ragbi. Best jugak rupanya. Kata Ben, tiada perlawanan petang itu. Jadi kami hanya menonton orang membuat latihan.

"Hai Cik Khatijah.."

Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yang agak familiar. Aku menoleh ke arah suara itu.

Si jamban! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?


Aku dapat melihat wajah Ben berkerut. Pelik barangkali. Lagipun Ben mana pernah jumpa dengan 'si jamban' sebelum ni. Hanya mendengar cerita dari aku saja.

"Cik Khatijah datang sini nak tengok i main ragbi ye?" si jamban tersenyum manis. Jelas menampaknya matanya yang sepet. Manis ke?

"Siapa pulak datang nak tengok you main ragbi. Bukannya i tau you pun main kat sini. jangan perasanlah!" jawabku agak keras.

"Oh i see.. manalah tau kan. Kot lah you datang nak cari i. Hehe..Tulah, kita nak jumpa dia, dia tak sudi. Akhirnya jumpa kat sini jugak ye.." si jamban masih tersenyum!

"Jangan perasanlah. I datang sebab nak teman my boyfriend! Bukan nak cari you." aku mula menyampah melihat muka si jamban yang asyik tersenyum. Aku segera memaut lengan Ben. Ben agak terkejut dengan kata-kata dan tindakan aku. Sorry sangat Ben! Nanti kemudian aku explain! Namun kata-kata itu hanya tersimpan di dalam hati.

"Oh i see..by the way, i Alfian." tiba-tiba dia menghulur tangan ingin bersalam dengan Ben.

"Benjamin." jawab Ben ringkas sambil menyambut tangan lelaki yang cukup membuat aku meluat itu!

"Okaylah Cik Khatijah. Nanti jumpa lagi." Lelaki yang kugelar si jamban itu akhirnya meninggalkan kami dan terus menuju ke padang untuk bermain.

Sememangnya aku sedikit pun tak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di situ! Menurut kata Ben, dia bukannya budak UKM. Mungkin orang luar yang tumpang berlatih di padang kami.

"Sorry lah aku buat macam tu tadi. Aku geram gila dengan mamat jamban tu!" terus aku meminta maaf tentang tindakanku memaut lengan Ben secara tiba-tiba.

"Hehe..no probs. Buat lagi lain kali." jawab Ben, mengusik. Satu cubitan dariku hinggap ke lengannya.

"Adoi la..satu hari je berapa kali aku kena cubit dengan kau. Masak..masak.."

"Heee sorry. dah terbiasa." aku hanya tersengih.

"Marah betul eh kau dengan mamat tu? Sepatutnya dia yg marah sebab kau sepak muka dia.haha"

"Padan lah muka dia. Siapa suruh cari pasal. Malam tadi pun dia cari pasal lagi. Call aku malam-malam buta."

"Aik? Tak cerita pun?"

"Saja aku malas.."

"Dia call apsal? nak carik gaduh balik ke? hehe"

"Tak. Dia call mintak maaf."

"Hah..eloklah tu mintak maaf. Yang kau cakap dia carik pasal napa pulak?"

"Sebab dia loyar buruk!"

"Aik? Sebab tuh jek? Aku ingat dia cakap nak sepak kau balik. hehehe"

"Berani lah dia.."

"Kot dia nak mengorat kau kot? Tapi dah terbantut lah nampaknya sebab kau cakap aku ni boyfriend kau. hahaha."

Aku turut tergelak.

"So, sekarang ni aku boyfriend kau lah?"

"Heeee tak kuasa! Tadi tu berlakon jelah!"

"Berlakon pun okay jugak. Aku P Ramlee kau Saloma."

Serentak kami ketawa!

.............................................

Malam itu, selepas solat maghrib, aku ke Warta bersama Ben untuk membeli barang keperluan yang sudah habis. Mulanya aku bercadang untuk pergi seorang tapi tiba-tiba dapat sms daripada Ben, mengajak aku dinner di mapley. Aku terus kata okay memandangkan mapley tu pun memang dalam Warta. Walaupun asalnya aku memasang niat untuk skip dinner pada malam tu. Asal nak diet aje mesti tak jadi! Isk..isk..


"Beb..apsal kau makan tak habis roti telur tu?"

"Aku dah kenyang."

"Yelah tu..diet eh??"

Isk dia ni macam tau-tau pulak!

"Aah lah. Aku makin tembam ni kau tak nampak"

"Alah...mana ada tembam sangat. Tembam comel aje. Bukan gemuk gedempol cam badak pun. hehehe."

"Banyak lah kau!"

"Dah..makan bagi habis. Kalau tak kang masuk mulut aku kang."

"Kau nak ambik lah. Aku taknak.."

"Hisy...dia ni. Cepat makan bagi habis. Jangan membazir, tak elok. Membazir amalan syaitan!"

"Yelah ustaz" aku terus menyuap baki roti telur ke dalam mulut dengan penuh terpaksa.

Ringgg. Tiba-tiba satu sms masuk.

"Dear, you ada di Warta ye? i saw ur scooter at the parking lot. Can i see you? I ada di McD ni."

Gulp..terus aku telan liur!

"Ben, aku nak balik!"

"Aik? Kata tadi lepas ni nak tengok tudung?"

"Tak jadi! Esok aje."

"Apsal pulak? Sapa sms kau tadi? Mamat tu lagi ke?"

"Bukan."

"Habis tu?"

"Steve!"

"Laa..si Stephen tu rupanya. Biar jelah dia. yang kau kalut ni apsal? Kan aku ada. I'm your 'boyfriend', remember? hehe"

"Aku menyampah lah! Aku taknak jumpa dengan dia! Jomlah balik!"

"Hisy..dia ni..yelah yelah."

Setelah Ben membayar di cashier, kami segera keluar dari Warta. Aku segera mendapatkan scooter pink milikku dan Ben melompat naik ke Yamaha TZM merah putih miliknya lalu menghidupkan enjin.

"Hey.." tegur satu suara. Serentak aku dan Ben memandang. Macam mana pulak dia ni boleh ada kat tempat parking motor ni!

Dia berjalan menghampiri kami. Ben mematikan semula enjin Yamaha TZM miliknya.

"Kau nak apa lagi ni Steve?" tiba-tiba Ben bersuara, menyebabkan aku sedikit terkejut. Stephen turut terkejut. Mungkin dia tidak menyangka Ben yg akan bersuara, bukan aku.

"This is none of your business, Ben. Ini hal aku dengan Kate. Bukan urusan kau."

"Dia bestfriend aku. Aku ada hak nak campur kalau kau kacau dia."

"Kate, please..Let's talk for a while.." Stephen tak menghiraukan kata-kata Ben lalu terus memandang aku. Dia bagaikan mengharapkan aku untuk mengatakan sesuatu.

Belum sempat aku menjawab, Ben mencelah..

"Leave her alone." ujar Ben, keras. Seakan memberi warning.

"Dush!". Warning dari Ben menyebabkan satu tumbukan hinggap ke pipinya!

Aku jadi semakin kalut! Langsung tak menyangka Stephen akan bertindak seperti itu!