Kelas pagi ni memang tidak syak lagi berjaya membuat kepala aku pening! Kenapalah Real Analysis ni makin lama makin susah?? Padan lah senior yg dulu-dulu semua suka menakut-nakutkan junior pasal subjek ni. Sebab memang susah tahap gaban! Banyak benar main bukti-bukti. Buktikan this..buktikan that..Aduhai..sengsara rasanya. Sudah lah hari Isnin memang mengundang blues. Setiap kali Isnin datang, aku akan menjadi malas semalas-malas garfield kesayangan adik aku si Laila.. Sebut pasal Laila..rindulah pulak kat dia. Last aku call dia minggu lepas. Nak harap dia call aku memang jangan harap lah..Jimat kredit lah konon. Tapi macam lah aku taktau dia sibuk jimat kredit sebab nak sms dengan pakwe dia si mamat hidung panjang tu. Gila mancung hidung mamat tu..Kata Laila, mamat tu anak mami Penang. Yelah kot..tengok gambar boleh tahan lah jugak hensemnya...
"Oi cik kak...tak habis-habis berangan. Kau faham tak?" tegur Ben separa berbisik. Membuatkan aku sedikit terkejut dan terus terkulat-kulat.
"Faham tak?" tanya Ben lagi.
Aku hanya mengangguk sambil menunjukkan muka blur. Ben terus menggelengkan kepala, tanda dia faham yang aku memang tengah blur. Nasib lah Ben dapat kawan baik macam aku ni. hehehe..Kira nasib aku baik jugaklah dapat kawan macam dia. Sudahlah memang pandai, penyabar pulak orangnya. Syukur!
Baru saja aku ingin menumpukan semula perhatian pada Dr Hafiz yg sedang kusyuk mengajar kat depan, tiba-tiba handphone bergetar. Ntah sapa pulak lah yang sms aku pagi-pagi ni. Takkan lah si jamban tu kot..Ah tak kisahlah sapa-sapa pun. Malas aku nak baca. Tunggu habis kelas nanti baru aku baca.
Namun begitu, tak sampai 5 minit selepas itu, handphone aku bergetar lagi. Sama jugak, aku malas nak baca. Tapi si pengirim sms nampaknya macam tak puas hati lah pulak. x sampai seminit selepas sms kedua tu, handphone aku bergetar banyak kali. Sah dia try call aku pulak..Aku terus keluarkan handphone dari poket seluar.. Memang sah si jamban! Terus aku matikan handphone.
Ben memandang aku sekilas sambil mengangkat kening. Isyarat untuk soalan "Siapa call?" Aku sekadar mengangkat bahu kononnya taktau sapa yang call. Malas aku nak cakap banyak dan terus menumpukan perhatian kepada kuliah Dr Hafiz. Macam tak percaya je dengan tindakan sendiri. Kalau dulu, masa tengah asyik bercinta dengan Stephen, pantang ada sms masuk dari dia, cepat saja aku balas walaupun dalam kuliah. Sanggup pulak tu keluar ke toilet semata-mata nak jawab call dari dia. Kelakar pulak bila dikenangkan...
..................................................
Tengahari itu kami hanya lunch di restoren Pusanika. Ben ajak lunch di mapley macam biasa tapi aku malas sebab hari macam nak hujan. Langit nampak mendung satu macam. Menandakan hari macam nak hujan lebat. Kalau naik kereta tu takpelah jugak. Ni tak, kami sekadar bermotor.
"Beb..sapa call kau tadi eh? Kalut semacam je kau aku tengok." tanya Ben tiba-tiba. Membuatkan aku teringatkan handphoneku yang masih dimatikan disebabkan 'gangguan dari si jamban pagi tadi. Segera aku menghidupkan semula handphoneku.
"Sapa lagi.." aku menjawab endah tak endah.
"Anak Dr Alifi tu?"
"Aah."
"Apa dia nak?"
"Mana lah aku tau.."
"Aku tanya sikit boleh?"
"Tanya jelah."
"Kau dengan dia ada apa-apa ke? Sejak bila dia rajin lak contact kau?"
"Sejak Sabtu lepas..Kau ingat tak aku cakap aku gi Midvalley tu?"
"Aha.."
"Kebetulan si jamban tu pun gi situ. Dipendekkan citer, leh dikatakan Sabtu lepas aku jalan dengan dia lah kat Midval tu.."
"Hah??? Biar betul kau beb. haha..aritu bukan main garang lagi kau dengan dia. Dah tangkap cintan plak ke beb? Ajaib ni...bukan ke dia ingat aku ni boyfriend kau??"
"Tembelang dah pecah...ntah lah. Aku pun taktau lah camna boleh 'ter'jalan pulak dengan dia kat Midval tu. Tapi aku tak banyak cakap pun dengan dia. Setakat jalan jelah."
"Pelik ni...serius pelik. huhuhu. Takpelah beb..asal kau bahagia."
"Banyak lah kau punya bahagia..abaikan jelah pasal tu. Anggap jelah kebetulan."
"Kalau betul pun ok apa..Aku tengok dia tu boleh tahan lah jugak. Walaupun tak sehensem aku, kira orait lah tu kan..Hensemlah sikit daripada Abg Jalil technician tu. hehehe."
"Sengal!" terus ringan jari aku mencubit lengan Ben membuatkan dia mengaduh sakit. Padan muka!
Selepas selesai lunch, kami membawa haluan masing-masing. Selepas solat zohor, biasanya Ben akan mengikut aku ke library, tapi petang itu aku ke library sendirian kerana Ben ada hal lain yang perlu diuruskan. Tidak pulak dijelaskan hal apa. Mungkin hal peribadi.
Aku menghabiskan masa di library sambil mencari buku-buku rujukan yg berkaitan dengan Real Analysis. Macam biasa, entah buku apa yang aku dapat. Selalunya Ben yang bijak memilih buku. Bila Ben tiada, aku jadi buntu sikit. Tapi sampai bila aku nak mengharapkan Ben saja. Aku kenalah belajar sendiri jugak. Ada lah aku jumpa dua tiga buah buku yang boleh dibuat rujukan akhirnya. Tanpa membuang masa, aku mencatat sedikit nota.
Tiba-tiba, seorang lelaki datang duduk di kerusi hadapanku di meja study aras 3 itu. Belum sempat aku mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangannya, lelaki tersebut terlebih dahulu bersuara..
"Hi dear.."
Macam nak gugur jantung aku bila mendengar suara romantis itu.
Segera aku mengangkat muka. Memang tak syak lagi. Suara Stephen! Lelaki cina di hadapanku itu hanya tersenyum manis. Senyuman yang selama ini tidak pernah gagal membuatkan hati aku rasa berdebar..
"You don't mind me sitting here, do you?" tanya lelaki itu.
"Yes, I DO. Can you please go away? I tengah study ni, okay?" aku menjawab tegas.
"Tapi dulu kan you suka bila I temankan you study kat sini?" dia masih ingin terus berbual.
"Forget the past. Now I dah tak suka. So, please leave me alone." pintaku, tegas.
"Bu yao (taknak)." ringkas dia menjawab.
"You jangan cari pasal boleh tak?" aku mula meninggikan suara. Menyebabkan beberapa pasang mata memandang ke arah kami.
"I mencari cinta, bukan mencari pasal."
Buat lawak bodoh pulak mangkuk ni!
"Pergi cari cinta you tu kat tempat lain."
"Kat tempat lain tak ada. Hanya di sini. In front of my eyes.."
"Bengong."
"Hehe...lama tak dengar you sebut that word. Rindu."
"Bingai."
"That one lagi i rindu. Ingat tak dulu you suka sebut that word bila i selalu buat funny faces kat you?"
"Whatever. I nak balik."
Terus aku bangun dan mengemas barangan milikku lalu segera beredar dari situ. Stephen mengekoriku dari belakang tetapi aku tidak langsung mengendahkannya.
"Kate." aku masih tidak mengendahkan.
"Kate, wait." dia tiba-tiba menarik tanganku dari belakang. Aku sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu lalu segera cuba melepaskan tanganku dari genggamannya.
"You ni kenapa, Steve? Kan i dah cakap jangan ganggu i lagi. Apa lagi yang you nak??"
"You. I want you. You know that.."
"Bullshit!"
"Dear...please..Janganlah stubborn sangat. Dah lama sangat you dera i.. Tolonglah bagi i peluang..I promise i won't make the same mistake again. Seriously.."
"Bullshit!"
"Dear...please..Janganlah stubborn sangat. Dah lama sangat you dera i.. Tolonglah bagi i peluang..I promise i won't make the same mistake again. Seriously.."
"What about your new girlfriend, huh? You nak campak dia kat mana?"
"She's not my girlfriend lah sayang.."
"I see...NOT your girlfriend tapi ke sana ke sini dengan dia. Tidur dengan dia.."
"Kate...."
"Kate...."
"What? Salah ke apa i cakap?"
"True..."
"But?"
"True..."
"But?"
"But i don't love her.. kan i dah explain everything to you before..."
"Okay fine. I pun dah explain yang i taknak teruskan lagi dengan you kan? So, please accept that fact."
"Steve!" tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggil Stephen. Kedengaran tidak jauh dari tempat kami berdiri. Serentak aku dan Stephen memandang ke arah suara itu. Shit... Macam nak pecah jantung aku melihat susuk tubuh wanita yang sedang berjalan ke arah kami dengan lenggok yang begitu manja. Wanita itu kelihatan begitu seksi dan bergaya. Mengenakan blouse berwarna merah hati yang dipadankan dengan skirt hitam separas lutut. Rambutnya yang panjang berombak kelihatan agak perang. Memang cantik...
Wanita itu segera mendapatkan Stephen tanpa menghiraukan aku yang turut berada di situ..
"Baby..where have you been? I've called you so many times." ujar wanita Cina yang pernah diperkenalkan oleh Stephen kepadaku sebagai Sally Ng itu. Segera dia memaut lengan Stephen tanpa memperdulikan aku.
Stephen kelihatan seperti serba salah. Dia hanya membiarkan saja wanita cina itu memaut lengannya tanpa berkata apa-apa. Aku pulak terasa seperti orang halimunan yang tidak dapat dilihat oleh siapa-siapa. Tanpa membuang masa, terus aku melangkah pergi meninggalkan kedua-dua mereka di situ dengan hati yang begitu sakit dan pedih. Taktau kenapa, aku terasa begitu meluat melihat telatah wanita Cina itu. Dasar amoi gedik! Stephen memang tak guna. Sekadar bermulut manis. Bila datang amoi gedik tu, terus jadi patung kau eh! 'I don't love her' konon..Penipu!
..................................................
Malam itu, aku hanya berkurung di bilik. Tak ada mood untuk buat apa-apa. Puas Ben mengajak untuk dinner bersama tapi aku menolak. Akhirnya Ben membelikan aku bihun tomyam. Katanya taknak aku berlapar. Aku hanya menjamah sedikit bihun tomyam yang dibelikan oleh Ben itu. Selebihnya menjadi habuan tong sampah.
Stephen cuba menghubungiku banyak kali malam itu. 25 misscalls! Semuanya kubiarkan tidak berjawab. Malas aku nak layan apek sekor tu. Buat hati bertambah sakit. Apa lagi yang dia nak? Pergilah kat si amoi gedik tu!
Tiba-tiba satu sms masuk...From si jamban!
'Assalamualaikum sunshine...why you diam je arini? Since pagi tadi i try contact you, tapi takde jawapan pun. Sms i pun you tak balas.What happened?'
'Nothing' ringkas aku membalas. Taktau kenapa, hati aku rasa sejuk tiba-tiba...